AL-ZUHRI

FAQs PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 15 March 2011 10:37

 

(1) DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (DPI)

 

S1: Saya telah lulus pengajian menengah 4 di madrasah Al-Junied Al-Islamiah. Adakah saya layak memasuki program Diploma Pengajian Islam Zuhri?

J1: Syarat minima untuk memasuki program Diploma Pengajian Islam Zuhri adalah lulus pengajian menengah 4  dari mana-mana madrasah sepenuh masa atau institusi yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

S2: Apakah dokumen yang perlu dibawa apabila membuat pendaftaran nanti?

J2: Calon yang berminat untuk memasuki program Diploma Pengajian Islam Zuhri perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:
        i. 2 keping gambar saiz paspot
        ii. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
        iii. Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada
        iv. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
*Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula

 

S3: Saya telah tamat pengajian peringkat pra-universiti di madrasah Al-Maarif Al-Islamiah. Adakah saya akan mendapat kelepasan modul?

J3: Calon yang telah tamat mengikuti pengajian peringkat pra-universiti akan mendapat kelepasan beberapa modul (transfer kredit). Calon harus memberikan silibus dan perincian modul bagi setiap modul yang telah diikuti di peringkat pra-universiti kepada pihak Zuhri sebagai rujukan.

 

S4: Saya merupakan pelajar diploma tahun pertama dari Kolej UNITI, Malaysia. Saya tidak mampu untuk meneruskan pengajian di sana atas sebab peribadi. Adakah saya akan mendapat kelepasan modul?

J4: Sila lihat jawapan bagi soalan 3 (J3).

S5: Sekiranya tamat pengajian selama 2 tahun di Zuhri, ke manakah boleh saya melanjutkan pengajian selepas itu?

J5: Rata-rata semua universiti di Malaysia layak untuk anda meneruskan pengajian peringkat sarjana muda. Sila lihat senarai universiti yang mengiktiraf  Zuhri di bahagian jalinan kerjasama Zuhri.

 

S6: Saya telah tamat mengikuti program Sijil Pengajian Ugama (SPU). Adakah saya layak mengikuti program ini?

J6: Pelajar yang telah tamat program sijil perlu mengikuti program Pra-diploma Pengajian Islam (PPI) selama 2 tahun dahulu sebelum mengikuti program ini. Pengajian 2 tahun ini bertujuan untuk mempersiapkan diri anda khususnya pengajian bahasa Arab sebelum mengikuti peringkat Diploma.

 

 

(2) PRA-DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (PPI)

 

S1: Saya merupakan pelajar sekolah konvensional. Adakah saya layak mengikuti kursus Pra-diploma Pengajian Islam?

J1: Syarat minima untuk memasuki program Pra-diploma Pengajian Islam Zuhri adalah sekurang-kurangnya lulus pengajian darjah 6  dari madrasah masjid dan berumur tidak kurang dari 16 tahun.

 

S2: Saya tidak mahir menulis dan membaca bahasa Arab. Adakah saya boleh mengikuti kursus ini?

J2: Adalah penting untuk tahu menulis dan membaca bahasa Arab jika berminat untuk mengikuti program ini. Ini adalah kerana, hampir semua modul menggunakan buku bahasa Arab. Mungkin anda boleh mengikuti program Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) dahulu sebelum mengikuti program ini.

 

S3: Saya merupakan pelajar dari Madrasah Al-Junied dan hanya tamat menengah 2. Adakah saya layak memasuki program ini?

J3: Anda perlu menduduki ujian kemasukan Zuhri terlebih dahulu untuk menentukan semester berapa sesuai bagi anda.

 

 

(3) DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM (DPPI)

 

S1:Apakah syarat minima untuk mengikuti kursus ini?

J1: Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Diploma Perguruan Pendidikan Islam perlu memenuhi syarat di bawah:

i. Berusia tidak kurang daripada 17 tahun  

ii. Berkelulusan Peperiksaan Sijil Thanawi Empat (PSTE) kelolaan MUIS atau Sijil Thanawi Rabi’ (menengah empat) daripada madrasah yang diiktiraf atau yang setaraf dengannya  

iii. Atau mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 2 tahun di madrasah sepenuh masa atau separuh masa  

v. Atau mempunyai Sijil Asas Perguruan (SAP) Fasa 2

     

    Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu dan keputusannya adalah muktamad.

     

     

    (4) SIJIL PENGAJIAN UGAMA (SPU)

     

    S1: Apakah yang dimaksudkan dengan pernah mengikuti pengajian secara formal di pelbagai institusi? Saya pernah mengikuti kelas-kelas di masjid namun tidak diberikan sijil.

    J1: Pengajian secara formal di sini adalah pernah mengikuti kelas-kelas asas ugama di masjid, persatuan atau institusi Islam. Sijil adalah tidak disyaratkan bagi program ini.

     

    S2: Selepas pengajian selama 2 tahun ini, di manakah boleh saya melanjutkan pengajian?

    J2: Peserta yang telah tamat dan lulus kesemua modul bagi program ini berupaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (DPQS).

     

     

    (5) SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN (SPA)

     

    S1: Apakah yang dimaksudkan dengan pernah mengikuti pengajian secara formal di pelbagai institusi? Saya pernah mengikuti kelas-kelas di masjid namun tidak diberikan sijil.

    J1: Pengajian secara formal di sini adalah pernah mengikuti kelas-kelas asas ugama di masjid, persatuan atau institusi Islam. Sijil adalah tidak disyaratkan bagi program ini.

     

    S2: Adakah terdapat had umur untuk mengikuti program ini? Sekiranya saya tidak mampu untuk mengambil peperiksaan, adakah dibolehkan?

    J2: Tiada had umur yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak mampu mengambil peperiksaan, anda boleh mengikuti kelas dan akan hanya diberikan Sijil Penyertaan sahaja.

     

    S3: Saya ingin belajar mengaji/talaqqi Al-Quran. Adakah program ini sesuai?

    J3: Program SPA ini lebih kepada peserta yang berminat untuk mendalami ilmu berkaitan Al-Quran dengan lebih mendalam lagi. Di antara modul yang ditawarkan adalah Sejarah Pembukuan Al-Quran (Tarikh Mushaf), Tanda-tanda yang ada dalam Al-Quran (Dhobt Quran) dan banyak lagi.

     

    Sekiranya anda berminat untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran anda, anda boleh juga mengikuti Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran (KTBA) selama 3 bulan. 

     

     

    (6) SIJIL PENGAJIAN BAHASA ARAB (SPBA)

     

    S1: Saya berminat mengikuti program ini tetapi tidak mempunyai asas Iqra'. Apa yang harus saya lakukan?

    J1: Syarat minima untuk mengikuti program SPBA ini adalah sekurang-kurangnya mengenal huruf-huruf Hija’iyyah dan pernah belajar mengaji atau mengikuti kursus Iqra’. Ini kerana, pengajian dan latihan yang diberikan mempunyai teks bahasa Arab dan diperlukan para peserta berupaya untuk membacanya. Adalah baik jika anda dapat mengambil kursus bacaan Iqra' terlebih dahulu untuk membolehkan anda berupaya membaca teks bahasa Arab.

     

    S2: Selepas pengajian selama 2 tahun ini, di manakah boleh saya melanjutkan pengajian?

    J2: Peserta yang telah tamat dan lulus kesemua modul bagi program ini berupaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA).

     

     

    (7) KURSUS SINGKAT

     

    S1: Apakah syarat minima untuk mengikuti kursus singkat anjuran Zuhri?

    J1: Syarat minima untuk mengikuti kursus singkat Zuhri adalah tidak kurang daripada 16 tahun dan berminat untuk terus memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan. 

     


     

    Last Updated on Tuesday, 17 September 2013 06:29