AL-ZUHRI

FAQ Simposium 2020

Assalamualaikum Wr. Wb,



SIMPOSIUM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM 2020

 


Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t. sentiasa.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Pos-Menengah (JPPM) Andalus akan menganjurkan simposium untuk pelajar peringkat diploma. Simposium ini bertujuan untuk menggalakkan budaya ilmu dan berbincang mengenai isu-isu semasa dalam suasana yang lebih terbuka.

 

Hasil maklumbalas para peserta yang menggalakkan, ia telah dirancang dua kali setahun pada bulan April dan Oktober. Simposium bulan April akan menggantikan modul pertama untuk penggal 2, tahun 2020. Ini bermakna, tiada kelas DPI yang akan dijalankan di cawangan dari 2 April hingga 26 April 2020.

 

Sebagai respon kepada isu Covid19 dan pengumuman DORSCON jingga (orange) oleh Kementerian Kesihatan, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dan pertingkat usaha untuk pembelajaran secara virtual. Oleh itu, simposium secara fizikal ditiadakan dan digantikan dengan enam sesi pengajian secara atas talian (online).

 

Butiran pengajian atas talian (online) adalah seperti berikut:

Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3

18 April 2020 (Sabtu)

10:00 pagi – 11:00pagi

18 April 2020 (Sabtu)

11:30 pagi – 12:30 petang

18 April 2020 (Sabtu)

2:00 petang – 3:00 petang

Sesi 4

Sesi 5

Sesi 6

19 April 2020 (Ahad)

10:00 pagi – 11:00pagi

19 April 2020 (Ahad)

11:30 pagi – 12:30 petang

19 April 2020 (Ahad)

2:00 petang – 3:00 petang

 

Kehadiran pelajar secara atas talian (online) adalah wajib untuk mendapat 30% markah kehadiran. Baki 70% akan dinilai dalam peperiksaan bertulis pada tarikh yang ditetapkan mengikut hari dan waktu pengajian. Kandungan peperiksaan berkait rapat dengan kertas kerja serta pembentangan dan perbincangan yang dibuat oleh pensyarah.

Program dan pengisian simposium ini akan dikira sebagai satu modul atau 3 jam kredit dari pengajian DPI.

 

Para pelajar juga dikehendaki melungsuri lelaman http://www.andalus.sg/dewasa untuk dapatkan makumat lanjut berkaitan simposium dan langkah yang perlu diambil untuk ikuti pengajian atas talian (online)

 

Kami ucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama anda.

 

Wassalam,

 

 

Soalan Lazim Simposium DPIA

1- Apakah yang dimaksudkan dengan simposium?

2- Apakah tajuk pembentangan dan aturcara simposium (Online)?

3- Bilakah simposium (Online) ini akan diadakan dan di mana?

4- Apakah matlamat simposium ini diadakan?

5- Untuk siapakah simposium (Online) ini diadakan?

6- Adakah simposium (Online) ini dibuka untuk penyertaan luar?

7- Apakah peralatan dan laman web juga cara untuk akses ke pengajian simposium (Online)?

8- Adakah kelas di cawangan akan diadakan pada masa yang sama?

9- Adakah simposium (Online) ini menggantikan modul di cawangan dan adakah ianya dikira sebagai kredit untuk pengajian DPI?

10- Adakah pelajar DPI diwajibkan menyertai simposium (Online) ini?

11- Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak dapat hadir ke simposium (Online) ini?

12- Adakah pelajar perlu menduduki peperiksaan seperti modul-modul yang dijalankan di cawangan?

13- Bila dan di manakah peperiksaan modul ini diadakan?

14- Bagaimanakah cara penilaian dan pemarkahan untuk modul simposium ini?

15- Bagaimanakah format peperiksaan simposium ini?

16- Apakah bahan bacaan yang perlu saya baca untuk peperiksaan?

17- Di manakah saya boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai simposium ini?

 

1- Apakah yang dimaksudkan dengan simposium?

Pertemuan dengan beberapa ilmuan yang mengemukakan ceramah singkat tentang topik tertentu atau tentang beberapa aspek dari topik yang sama.

 

2- Apakah tajuk pembentangan dan aturcara simposium (Online) ?

Tajuk simposium akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat ini. 

 

Aturcaranya adalah seperti berikut:

Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3

18 April 2020 (Sabtu)

10:00 pagi – 11:00pagi

18 April 2020 (Sabtu)

11:30 pagi – 12:30 petang

18 April 2020 (Sabtu)

2:00 petang – 3:00 petang

Sesi 4

Sesi 5

Sesi 6

19 April 2020 (Ahad)

10:00 pagi – 11:00pagi

19 April 2020 (Ahad)

11:30 pagi – 12:30 petang

19 April 2020 (Ahad)

2:00 petang – 3:00 petang


3- Bilakah simposium ini akan diadakan dan di mana?
 

Sebagai respon kepada isu Covid19 dan pengumuman DORSCON jingga (orange) oleh Kementerian Kesihatan, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dan pertingkat usaha untuk pembelajaran secara virtual. Oleh itu, simposium secara fizikal ditiadakan dan digantikan dengan enam sesi pengajian secara atas talian (online).


4- Apakah matlamat simposium ini diadakan?

Matlamat umum simposium ini ialah untuk menggalakkan budaya ilmu, berbahas dan berbincang khususnya mengenai isu-isu semasa dalam suasana yang lebih terbuka bersama pakar-pakar dalam bidang pengkhususan tertentu. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan interaksi dan saling bertukar fikiran dikalangan pelajar DPI dari pelbagai latar belakang dalam suasana ilmu.

5- Untuk siapakah simposium (Online) ini diadakan?

Simposium (Online) ini diadakan untuk pelajar DPI Andalus, al-Zuhri dan Cordova.


6- Adakah simposium (Online) ini dibuka untuk penyertaan luar?

Simposium (Online) tahun ini tidak melibatkan penyertaan peserta umum.

7- Apakah peralatan dan laman web juga cara untuk akses ke pengajian simposium (Online)?

  1. Untuk simposium (Online), anda hanya memerlukan komputer, telepon canggih, Ipad dan sebagainya (iOs/android). 
  2. Lungsuri ke laman web: www.gotowebinar.com atau muat turun aplikasi "GotoWebinar". 
  3. Sembilan nombor kod akan diberikan 30 minit sebelum pengajian bermula. 
  4. Cara untuk akses ke kelas pengajian simposium (Online) boleh didapati pada link ini: http://tiny.cc/Webinar2020


8- Adakah kelas di cawangan akan diadakan pada masa yang sama?

Tiada kelas DPI yang akan dijalankan di cawangan dari 2 April hingga 26 April 2020.

9- Adakah simposium (Online) ini menggantikan modul di cawangan dan adakah ianya dikira sebagai kredit untuk pengajian DPI?
Ya, simposium (Online)  ini akan menggantikan modul di cawangan, program dan pengisian simposium ini akan dikira sebagai satu modul atau 3 jam kredit dari pengajian DPI. Pelajar yang menghadiri simposium dan berjaya dalam ujian akan mendapatkan 3 kredit untuk pengajian DPI.


10- Adakah pelajar DPI diwajibkan menyertai simposium (Online) ini?

Pelajar DPI diwajibkan menyertai simposium (Online) ini bagi melayakkan mereka menduduki ujian dan mendapat 3 jam kredit bagi modul elektif untuk pengajian mereka.


11- Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak dapat hadir ke simposium (Online) ini?
Anda perlu memaklumkan kepada cawangan jika anda tidak dapat hadir ke simposium (Online) ini. Jabatan akan meneliti penjelasan yang diberikan. Hanya alasan yang munasabah yang akan diterima.


12- Adakah pelajar perlu menduduki peperiksaan seperti modul-modul yang dijalankan di cawangan?
Ya, para pelajar perlu mengambil ujian bagi modul “SIMPOSIUM"

 

13- Bila dan di manakah peperiksaan modul ini diadakan?

Peperiksaan modul ini diadakan mengikut hari/masa kelas masing-masing pada 19, 20 & 21 Jun 2020 (Jumaat, Sabtu atau Ahad) di cawangan masing-masing.


14- Bagaimanakah cara penilaian dan pemarkahan untuk modul simposium ini?
Penilaian dan pemarkahan untuk modul ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kehadiran sebanyak 30% dan peperiksaan (close book) sebanyak 70% .


15- Bagaimanakah format peperiksaan simposium ini?

Peperiksaan akan diadakan selama 1 jam 30 minit dan dibahagikan kepada 2 bahagian:

Bahagian A: Soalan-soalan pendek
Jawab kesemua 10 soalan (50 markah)

Bahagian B: Esei
Jawab 1 dari 2 soalan (20 markah)


16- Apakah bahan bacaan yang perlu saya baca untuk peperiksaan?

Nota akan diberikan semasa simposium. Soalan peperiksaan berkait rapat dengan kandungan pembentangan simposium (Online).


17- Di manakah saya boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai simposium ini?

Jika anda ingin keterangan lanjut mengenai simposium dan jadual peperiksaan, sila layari lelaman DPI di www.andalus.sg/dewasa

atau hubungi pegawai kami Ustaz Qushairy di talian 6440 6762 (Isnin – Jumaat, jam 9.00 pg – 5.00 ptg).