AL-ZUHRI

Kuliah Sijil 2020

KULIAH SIJIL PENGAJIAN ISLAM 2020 

 

Assalamualaikum wr. wb.

 

Pelajar SPU/SPA yang dihormati,

 

KULIAH SIJIL PENGAJIAN ISLAM 2020

 

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa. 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Pos-Menengah (JPPM) Andalus dan Al-Zuhri akan menganjurkan sesi kuliah untuk modul 'Tafsir'. Program dan pengisian kuliah ini dikira sebagai satu modul. Ianya diadakan bagi menggantikan pembelajaran semua kelas SPU/SPA di bulan Ramadhan.

 

Sebagai respon kepada arahan pihak berwajib berkaitan isu Covid 19, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dan mempertingkat usaha untuk pembelajaran secara virtual. Oleh itu, kuliah secara fizikal digantikan dengan enam sesi pengajian secara atas talian (online).

 

Kehadiran adalah wajib. Butiran Kuliah secara atas talian adalah seperti berikut:

 

Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3

 

9 Mei 2020 (Sabtu)

10:00 pagi – 11:00pagi

 

9 Mei 2020 (Sabtu)

11:30 pagi – 12:30 petang

 

9 Mei 2020 (Sabtu)

2:00 petang – 3:00 petang

Surah Al-Kahfi (Muqaddimah & Ashabul Kahfi)

Surah Al-Kahfi

(Kisah Nabi Musa & Nabi Hidhir)

Surah Al-Kahfi

(Kisah Dzul Qarnain & Ya'juj Ma'juj)

 

Sesi 4

Sesi 5

Sesi 6

 

10 Mei 2020 (Ahad)

10:00 pagi – 11:00pagi

 

10 Mei 2020 (Ahad)

11:30 pagi – 12:30 petang

 

10 Mei 2020 (Ahad)

2:00 petang – 3:00 petang

Surah Yasin

(Kisah Penduduk Antakiyah)

Surah Yasin

(Rahsia Bumi & Alam Semesta)

Surah Yasin

(Manusia & Alam Kebangkitan)

 

 Pelajar boleh menyertai pembelajaran bagi modul Tafsir secara 'synchronous' (live) melalui platfom 'Zoom' pada masa yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut tentang ID Zoom akan diberikan sebelum sesi melalui lelaman ini.

 

Sebarang pertanyaan mengenai kuliah Sijil ini, sila hubungi pegawai cawangan di mana kelas Sijil anda berlangsung.

 

Terima kasih di atas perhatian dan kerjasama anda.

 

Wassalam.

 

 

Soalan Lazim KULIAH PPI

 

1- Apakah yang dimaksudkan dengan kuliah?

2- Apakah tajuk kuliah yang akan diadakan?

3- Bilakah kuliah ini akan diadakan dan di mana?

4- Apakah matlamat kuliah ini diadakan?

5- Untuk siapakah kuliah ini diadakan?

6- Berapakah bayaran yang dikenakan untuk menyertai kuliah ini?

7- Adakah kuliah ini menggantikan modul di cawangan dan adakah ianya dikira sebagai kredit untuk pengajian PPI?

8- Adakah pelajar SPU/SPA diwajibkan menyertai kuliah ini?

9- Apakah bahan bacaan yang perlu dibaca untuk kuliah ini?

10- Di manakah keterangan lanjut mengenai kuliah ini boleh didapati?

 

1- Apakah yang dimaksudkan dengan kuliah?

Pelajaran yang diberikan secara lisan oleh pensyarah di institut pengajian; syarahan atau ceramah

Kembali ke atas

 

2- Apakah tajuk kuliah yang akan diadakan?

Tajuk modul kuliah ialah "Tafsir”.

Kembali ke atas

 

3- Bilakah kuliah ini akan diadakan dan di mana?

Ia akan diadakan secara Online. Jadualnya adalah seperti berikut: 


 

 

Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3

 

9 Mei 2020 (Sabtu)

10:00 pagi – 11:00pagi

 

9 Mei 2020 (Sabtu)

11:30 pagi – 12:30 petang

 

9 Mei 2020 (Sabtu)

2:00 petang – 3:00 petang

Surah Al-Kahfi (Muqaddimah & Ashabul Kahfi)

Surah Al-Kahfi

(Kisah Nabi Musa & Nabi Hidhir)

Surah Al-Kahfi

(Kisah Dzul Qarnain & Ya'juj Ma'juj)

 

Sesi 4

Sesi 5

Sesi 6

 

10 Mei 2020 (Ahad)

10:00 pagi – 11:00pagi

 

10 Mei 2020 (Ahad)

11:30 pagi – 12:30 petang

 

10 Mei 2020 (Ahad)

2:00 petang – 3:00 petang

Surah Yasin

(Kisah Penduduk Antakiyah)

Surah Yasin

(Rahsia Bumi & Alam Semesta)

Surah Yasin

(Manusia & Alam Kebangkitan)

Kembali ke atas

 

4- Apakah matlamat kuliah ini diadakan?

Matlamat kuliah ini ialah untuk menggalakkan budaya ilmu, berbahas dan berbincang khususnya mengenai isu-isu semasa dalam suasana yang lebih terbuka bersama pakar-pakar dalam bidang pengkhususan tertentu. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan interaksi dan saling bertukar fikiran dikalangan pelajar peringkat Sijil dari pelbagai latar belakang dalam suasana ilmu.

Kembali ke atas

 

5- Untuk siapakah kuliah ini diadakan?

Kuliah ini diadakan khusus untuk pelajar SPU/SPA sahaja.

Kembali ke atas

 

6- Berapakah bayaran yang dikenakan untuk menyertai kuliah ini?

Pelajar SPU/SPA tidak perlu membuat bayaran tambahan untuk menyertai kuliah ini. Ianya termasuk dalam bayaran yuran bulanan dan mengambilalih modul pertama dari pengajian penggal ketiga, semester dua tahun 2020 di cawangan.

Kembali ke atas

  

 

7- Adakah kuliah ini menggantikan modul di cawangan dan adakah ianya dikira sebagai kredit untuk pengajian Sijil?

Ya, kuliah sehari ini menggantikan modul di cawangan, program dan pengisian kuliah ini akan diambil kredit sebagai salah satu dari 12 modul Sijil. Pelajar yang menghadiri kuliah dikira telah melengkapkan satu modul pengajian.

Kembali ke atas

  

8- Adakah pelajar SPU/SPA diwajibkan menyertai kuliah ini?

Pelajar SPU/SPA diwajibkan menyertai kuliah khas ini bagi melayakkan mereka mendapat transkrip akhir atau sijil penyertaan jika telah selesai menyertai 12 modul keseluruhan.

 

Kembali ke atas

 

9- Apakah bahan bacaan yang perlu dibaca untuk kuliah ini?

Pelajar akan diberikan Nota (softcopy) di laman web www.zuhri.com.sg > Muatturun > Nota Kuliah Sijil 2020

 

Kembali ke atas

 

10- Di manakah keterangan lanjut mengenai kuliah ini boleh didapati?

Jika anda ingin keterangan lanjut mengenai kuliah, sila layari lelaman zuhri di www.zuhri.com.sg atau hubungi pegawai cawangan pada waktu pejabat.

 

Kembali ke atas

 

11- Di manakah video rakaman kuliah ini boleh didapati?

a. Sesi 1: Sabtu, 9 Mei, Jam 10.00 pg – 11.00 tgh

  https://youtu.be/DKbIYQyxkPs

b. Sesi 2: Sabtu, 9 Mei, Jam 11.30 pg – 12.30 tgh

https://youtu.be/3KahwTzEqTU

c. Sesi 3: Sabtu, 9 Mei, Jam 2.00 – 3.00 tgh

 https://youtu.be/X7LRby_i5_I

 d. Sesi 4: Ahad, 10 Mei, Jam 10.00 pg – 11.00 tgh

https://zoom.us/rec/share/6-NFEIrv_W1OYYXkzG3ZZZIwTqH_X6a8gCUf__JbxU8AjRJyulFXWjhA5ArmAYtT

 e. Sesi 5: Ahad, 10 Mei, Jam 11.30 pg – 12.30 tgh

https://zoom.us/rec/share/6-NFEIrv_W1OYYXkzG3ZZZIwTqH_X6a8gCUf__JbxU8AjRJyulFXWjhA5ArmAYtT (minit 01:20)

 f. Sesi 6: Ahad, 10 Mei, Jam 2.00 – 3.00 tgh

https://zoom.us/rec/share/6ZxIMZ7V9F9Ja6f04RiYYPU8FLS5eaa8gHQa__sLy001qJ6qug414cMHyfWJHZbZ

 

Kembali ke atas