AL-ZUHRI

Langkah Menangani Virus Novel Corona (Wuhan)

Klik di sini untuk muat turun Surat Kepada Waris-Pelajar


Panduan Waris dan Pelajar

Langkah Menangani Virus Novel Corona (Wuhan)

 

 

Garispandu mengenai Virus Novel Corona (nCoV) Wuhan di pusat pengajian, adalah berdasar panduan dan arahan terkini pihak berwajib, terutama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. Maklumat terkini akan diberikan dari masa ke masa.  

 

Waris dan pelajar dinasihati agar:

- Memantau kesihatan dan mengukur suhu badan diri di rumah sebelum ke pusat pengajian. Sekiranya suhu badan melebihi 38.0 darjah celsius, elak dari ke pusat pengajian.


- Mendapatkan nasihat doktor segera sekiranya mempunyai isu kesihatan seperti selsema, batuk, sakit tekak dan kesukaran bernafas.


- Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan peka pada tanggungjawab social.

 

Pusat pengajian akan mengambil langkah-langkah berikut:

  • - Kerap memantau keadaan pelajar yang hadir secara visual dan verbal screening.

  • - Mengasingkan pelajar yang didapati kurang sihat dan meminta waris untuk menjemput mereka pulang.

  • - Menjaga kebersihan pusat pengajian berdasar piawaian semasa.

Waris dan pelajar dianjurkan mengikuti Facebook dan Instagram pusat pengajian (see first) untuk mendapatkan panduan dan arahan terkini dari masa ke masa.

Semoga Allah swt memberi perlindungan dan kesihatan kepada kita semua. Terima kasih.

 

 

Lembaga Pengarah