AL-ZUHRI

FAQs

 

Pra-Diploma Pengajian Islam (PPI)

  • 1)Berapa lamakah jangka masa program Pra Diploma Pengajian Islam (PPI)?
  • Jangkasa masa program Pra Diploma Pengajian Islam adalah selama 2 hingga 3 tahun.
  •  
  • 2)Berapakah umur yang layak untuk mengikuti program Pra Diploma Pengajian Islam (PPI)?
  • Al-Zuhri menerima pelajar yang berusia 16 tahun ke atas.
  •  
  • 3)Berapakah yuran pengajian Pra Diploma Pengajian Islam (PPI)?
  • Yuran pendaftaran adalah $104 (sekali sahaja) dan yuran pengajian adalah $204 setiap bulan.
  •  
  • 4)Adakah pelajar wajib menggunakan GIRO?
  • Ya, Pelajar wajib menggunakan GIRO. Pembayaran yuran pendaftaran dan yuran bulanan hanya boleh dilakukan secara tunai/cheque ketika menunggu proses GIRO diluluskan oleh pihak bank.
  •  
  • 5)Adakah pelajar layak untuk mengikuti program Pra Diploma Pengajian Islam (PPI) jika tidak mempunyai 3 kredit O level?
  • Boleh. Al-Zuhri mengizinkan pelajar untuk mendaftar dan turut serta program Pra Diploma Pengajian Islam (PPI) namun pelajar tersebut perlu menduduki pepeiksaan O’level secara ‘private candidate’ dalam masa 2 tahun pengajian mereka.
  •  
  • 6)Sekiranya pelajar tidak mempunyai kemahiran asas Bahasa Arab, adakah pelajar tersebut boleh mendaftarkan diri bagi program Pra Diploma Pengajian Islam (PPI)?
  • Boleh. Al-Zuhri mengizinkan pelajar untuk mendaftar dan turut serta program Pra Diploma Pengajian Islam (PPI) dan pada masa yang sama pelajar perlu mengambil program Sijil Pengajian Bahasa Arab secara separuh masa di Al-Zuhri untuk mempertingkatkan kemahiran asas Bahasa Arab.
  •  
  • 7)Sekiranya pelajar tidak mempunyai kemahiran asas Pengajian Islam, adakah pelajar tersebut boleh mendaftarkan diri bagi program Pra Diploma Pengajian Islam (PPI)?
  • Boleh. Al-Zuhri mengizinkan pelajar untuk mendaftar dan turut serta program Pra Diploma Pengajian Islam (PPI) dan pada masa yang sama pelajar perlu mengambil program Sijil Pengajian Ugama secara separuh masa di Al-Zuhri untuk mempertingkatkan kemahiran asas Pengajian Islam.
  •  
  • 8)Saya merupakan pelajar sekolah konvensional. Adakah saya layak mengikuti kursus Pra-diploma Pengajian Islam?
  • Syarat minima untuk memasuki program Pra-diploma Pengajian Islam Zuhri adalah sekurang-kurangnya lulus pengajian darjah 6  dari madrasah masjid dan berumur tidak kurang dari 16 tahun.
  •  
  • 9)Saya merupakan pelajar dari Madrasah sepenuh masa dan hanya tamat menengah 2. Adakah saya layak memasuki program ini?
  • Anda perlu menduduki ujian kemasukan Zuhri terlebih dahulu untuk menentukan semester berapa sesuai bagi anda.

 

 

 

Diploma Pengajian Islam (DPI)


  • 1)Berapa lamakah jangka masa program Diploma Pengajian Islam (DPI)?
  • Jangkasa masa program Pra Diploma Pengajian Islam adalah selama 2 hingga 3 tahun.
  •  
  • 2)Berapakah umur yang layak untuk mengikuti program Diploma Pengajian Islam (DPI)?
  • Al-Zuhri menerima pelajar yang berusia 16 tahun ke atas.
  •  
  • 3)Apakah Syarat kelayakan akademik bagi mengikuti program Diploma Pengajian Islam (DPI)?
  • Syarat kelayakan akademik adalah Tamat thanawi 4 dari madrasah sepenuh masa dan mempunyai sekurangnya 3 kredit O’level.
  •  
  • 4)Adakah sijil tamat Al-Zuhri diiktiraf oleh MUIS dan Universiti di luar negara?
  • Ya, ianya diiktiraf oleh MUIS dan Universiti di luar negara oleh itu para graduan Al-Zuhri boleh lanjutkan pengajian mereka ke mana-mana universiti di Malaysia seperti UIAM, UM, UKM, USIM, KUIN, KUIS. Al-Zuhri juga menganjurkan program Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI).
  •  
  • 5)Adakah sijil tamat Al-Zuhri diiktiraf oleh Universiti di timur tengah?
  • Setakat ini Al-Zuhri belum lagi mempunyai mu’adalah bersama mana-mana universiti Timur Tengah. Namun, ada beberapa pelajar kami yang menyambung pengajian mereka di Madinah & Jordan.
  •  
  • 6)Saya telah lulus pengajian menengah 4 di madrasah sepenuh masa, adakah saya layak memasuki program Diploma Pengajian Islam Zuhri?
  • Syarat minima untuk memasuki program Diploma Pengajian Islam Zuhri adalah lulus pengajian menengah 4  dari mana-mana madrasah sepenuh masa atau institusi yang diiktiraf setaraf dengannya.
  •  
  • 7)Apakah dokumen yang perlu dibawa apabila membuat pendaftaran nanti?

 

  • Calon yang berminat untuk memasuki program Diploma Pengajian Islam Zuhri perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:
    •         i. 2 keping gambar saiz paspot
      •         ii. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
        •         iii. Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada
          •         iv. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
          • *Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula

 

  •  
  • 8)Saya telah tamat pengajian peringkat pra-universiti di madrasah sepenuh masa, adakah saya akan mendapat kelepasan modul?
  • Calon yang telah tamat mengikuti pengajian peringkat pra-universiti akan mendapat kelepasan beberapa modul (transfer kredit). Calon harus memberikan silibus dan perincian modul bagi setiap modul yang telah diikuti di peringkat pra-universiti kepada pihak Zuhri sebagai rujukan.
  •  
  • 9)Saya merupakan pelajar diploma tahun pertama dari Kolej UNITI, Malaysia. Saya tidak mampu untuk meneruskan pengajian di sana atas sebab peribadi. Adakah saya akan mendapat kelepasan modul?
  • Sila lihat jawapan bagi soalan 8.

 

10) Sekiranya tamat pengajian selama 2 tahun di Zuhri, ke manakah boleh saya melanjutkan pengajian selepas itu?

Rata-rata semua universiti di Malaysia layak untuk anda meneruskan pengajian peringkat sarjana muda. Sila lihat senarai universiti yang mengiktiraf  Zuhri di bahagian jalinan kerjasama Zuhri.

 

11) Saya telah tamat mengikuti program Sijil Pengajian Ugama (SPU). Adakah saya layak mengikuti program ini?

Pelajar yang telah tamat program sijil perlu mengikuti program Pra-diploma Pengajian Islam (PPI) selama 2 tahun dahulu sebelum mengikuti program ini. Pengajian 2 tahun ini bertujuan untuk mempersiapkan diri anda khususnya pengajian bahasa Arab sebelum mengikuti peringkat Diploma.

 

 

 

 

Diploma Perguruan Pendidikan Islam (DPPI)


1)Berapa lamakah jangka masa program Diploma Perguruan Pendidikan Islam (DPPI)?

Jangka masa program Diploma Perguruan Pendidikan Islam (DPPI) adalah 3 tahun. pengajiannya diadakan 2 kali seminggu, setiap Selasa & Khamis, jam 11pg – 2ptg.

 

2)Berapakah umur yang layak untuk mengikuti program Diploma Perguruan Pendidikan Islam (DPPI)?

Al-Zuhri menerima pelajar yang berusia 16 tahun ke atas.

 

  • 3)Apakah Syarat kelayakan akademik bagi mengikuti program Diploma Perguruan Pendidikan Islam (DPPI)?

Syarat kelayakan akademik adalah tamat Thanawai 4 dari madrasah sepenuh masa. Bagi mereka yang tidak mempunyai sijil Thanawi 4 dari madrasah sepenuh masa, mereka perlu ikuti program Bengkel Asas Perguruan (BAP) yang dikendalikan oleh Cordova.

  •  
  • 4)Adakah peserta boleh memohon sijil pengiktirafan Asatizah Recognition Scheme (ARS) selepas tamat program DPPI?

Peserta boleh memohon ARS setelah tamat program Diploma Perguruan Pendidikan Islam (DPPI) tertakluk kepada syarat Asatizah Recognition Board (ARB).

  •  

 

 

Jabatan Kemasukan & Hal Ehwal Pelajar


1)Bagaimanakah caranya untuk mendaftar program-program yang ditawarkan oleh Al-Zuhri?

Pelajar boleh mendaftarkan diri secara atas talian di www.zuhri.com.sg atau di pejabat kami di Marsiling dan Wisma Indah.

 

  • 2)Berapa lamakah tempoh pengajian di Al-Zuhri?

Al-Zuhri menawarkan pelbagai peringkat program termasuk Kursus Pendek, jangkamasanya adalah 3 bulan sehingga 1 tahun, program Sijil selama 2 tahun, program Diploma selama 4 tahun, program Sarjana Muda selama 4 tahun dan program Sarjana sekurang-kurangnya 2 tahun.

 

  • 3)Adakah pelajar diizinkan untuk mengambil program secara ekspres?

Lazimnya, Al-Zuhri tidak menawarkan program ekspres namun pelajar diizinkan untuk mendaftar kelas melebihi dari 1 dalam seminggu. Ini bererti jika pelajar tersebut mendaftar 2 kelas bagi program Diploma Pengajian Islam separuh masa, jangka masa pengajian menjadi pendek iaitu 2 tahun sahaja.

  •  
  • 4) Berapakah yuran pendaftaran di Al-Zuhri?
  •      Yuran pendaftaran bagi program separuh masa Al-Zuhri peringkat kursus, sijil dan diploma adalah $54, manakala bagi program sarjana muda adalah $214 dan program pasca sarjana adalah  
         $300 (sekali sahaja).

 

  • 5)Adakah pelajar perlu membayar yuran pendaftaran setiap kali mendaftar program Al-Zuhri?

Tidak, pelajar hanya membayarnya sekali sahaja bagi setiap program kursus, sijil dan Diploma. Manakala program sarjana muda dan pasca sarjana, hanya dibayar baki yuran pendaftaran setelah ditolak yuran pendaftaran kursus, sijil dan diploma bagi pelajar sedia ada Al-Zuhri.

 

  •       Namun jika pelajar tersebut pernah undurkan diri atau berhenti pengajian melebihi dari setahun, yuran pendaftaran akan dikenakan semula.

 

  • 6) Berapakah yuran pengajian di Al-Zuhri?
  •      Yuran pengajian bagi program separuh masa di Al-Zuhri peringkat kursus, sijil dan diploma adalah $81, manakala bagi program sarajana muda adalah $300 dan program pasca sarjana adalah
         $480-560 sebulan.

 

  • 7) Bolehkah pelajar membayar yuran pengajian melalui tunai secara bulanan?
  • Pelajar wajib menggunakan GIRO. Pembayaran yuran pendaftaran dan yuran bulanan hanya boleh dilakukan secara tunai/cheque ketika menunggu proses GIRO diluluskan oleh pihak bank.

 

  • 8)Apakah perbezaan program Pra Diploma Pengajian Islam dengan Program Sijil Pengajian Ugama?
  • Program PPI adalah program sepenuh masa dan bahasa utama yang digunakan adalah Bahasa Arab, manakala SPU pula adalah program separuh masa dan bahasa utama yang digunakan adalah Bahasa Melayu.

 

 

 

 

Jabatan Akademik & Hal Ehwal Pensyarah


1)Adakah pelajar diizinkan untuk lakukan transfer credit daripada pengajian institusi lain?

Pengurusan Al-Zuhri akan meneliti permohonan tersebut dan menerima sebanyak maksima 25% mengikut program tertentu.

 

  • 2)Siapakah pensyarah yang dipilih oleh Al-Zuhri?
  • Al-Zuhri memilih pensyarah berdasarkan kelulusan dan kelayakan di samping diwajibkan bagi mereka untuk memiliki ARS. Kebanyakan pensyarah Al-Zuhri adalah pensyarah yang berpengalaman.

 

  • 3)Bolehkah pelajar menjadi asatizah setelah tamat program Diploma dan mendapat sijil pengiktirafan Asatizah Recognition Scheme (ARS)?

Boleh dengan adanya sijil diploma dan sijil Bahasa Arab, namun ianya tertakluk kepada kelulusan Asatizah Recognition Board (ARB).

  •  
  • 4)Bolehkah peperiksaan diambil pada hari yang lain selain yang telah ditetapkan di dalam kalender akademik?
  • Pengurusan Al-Zuhri mengizinkan pelajar dengan sebab tertentu untuk mengambil peperiksaan pada hari lain dalam tempoh 2 minggu dari tarikh asal peperiksaan tersebut. Pelajar tidak diizinkan untuk mengambil lebih awal dari tarikh peperiksaan asal. Gred maksima yang akan diberikan adalah C.

 

  • 5)Bolehkah peperiksaan diambil awal dari hari yang telah ditetapkan?
  • Pengurusan Al-Zuhri tidak membenarkan pelajar untuk mengambil peperiksaan awal dari tarikh yang telah ditetapkan atas sebab keperluan menjaga integriti soal-soal peperiksaan yang perlu dipatuhi.

 

  • 6)Mengapakah pelajar dianugerahkan dengan maksima gred C bagi yang tidak dapat mengambil peperiksaan mengikut tarikh yang diberikan walaupun dengan sebab yang munasabah?
  • Pengurusan Al-Zuhri telah lakukan perbandingan dengan institusi-institusi yang lain seperti universiti dan politeknik di Singapura dan mengikut prosedur yang sama.

 

  • 7)Adakah cara lain bagi pelajar supaya tidak mendapat gred C?

Pelajar boleh memilih untuk meminta pengurusan mengadakan peperiksaan kertas yang baru namun pembayaran $59 (tertakluk kepada perubahan) akan dikenakan. Ini kerana pensyarah perlu melakukan kertas soalan yang baru dan perlu disemak oleh pengurusan.

  •  
  • 8)Adakah pelajar diizinkan untuk tangguh pengajian dan berapa lamakah tempoh yang diizinkan untuk ditangguh?
  • Ya, pelajar diizinkan untuk menangguh pengajian mereka. Setakat ini pengurusan al-Zuhri tidak menetapkan kadar tempoh untuk seseorang pelajar itu menangguh pengajian sehingga terdapat pemakluman lanjut.

 

  • 9)Adakah wajib bagi setiap pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam untuk turut serta pengajian selama seminggu di Universitas Ibn Khaldun (UIKA) Bogor dan adakah persiapannya diatur oleh Al-Zuhri atau atas usaha sendiri?

Pengajian selama seminggu di UIKA, Bogor adalah wajib. Persiapan bagi perkara tersebut akan diuruskan oleh komiti pelajar SMPI yang telah dilantik mengikut tahun pengajian.

  •  
  • 10)Adakah pelajar bagi program Sijil dan Diploma diwajibkan untuk mengikuti Kuliah dan Simposium setiap tahun?

Ya, Kuliah dan Simposium adalah salah satu modul wajib yang perludiikuti oleh pelajar dari peringkat Sijil dan Diploma.

  • Pelajar dari program Sijil Pengajian Ugama (SPU) dan Sijil Pengajian Al-Quran (SPA) diwajibkan untuk mengikuti Kuliah setiap tahun sekali. Manakala bagi pelajar program Diploma separuh masa; Diploma Pengajian Islam (DPIZ) dan Diploma Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (DPQS) diwajibkan untuk mengikuti Simposium setiap tahun.

 

  •        11) Adakah sijil tamat separuh masa Al-Zuhri diiktiraf oleh MUIS dan Universiti di luar negara?
  • Pada dasarnya, MUIS menyokong program-program yang dikelolakan oleh Al-Zuhri. Manakala bagi Universiti di luar negara pula, ianya tertakluk pada terma & syarat yang ditetapkan oleh setiap Universiti. Walau bagaimanapun Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) kelolaan UIKA dan Al-Zuhri mengiktiraf sijil separuh masa Al-Zuhri. Oleh itu pelajar yang telah tamat pengajian SMPI boleh membuat permohonan untuk mendapatkan ARS.
  •  

 

 

 

Dikemaskini pada 28 March 2018