AL-ZUHRI

Pengenalan

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang pertama di Singapura menawarkan pengajian Islam di peringkat diploma (DPI) secara sepenuh masa sejak tahun 2002. Al-Zuhri disokong Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura (PERGAS).

 

Matlamat Pendidikan Al-Zuhri adalah untuk melahirkan insan mulia yang bertaqwa dan berkebolehan supaya berjaya di dunia dan di akhirat. Pengajian Islam di peringkat tinggi memainkan peranan penting dalam menentukan falsafah, matlamat dan kaedah seluruh sistem pendidikan Islam. Pengajian diperingkat tinggi harus menawarkan pengajian untuk pelbagai disiplin (jami'ah) dan bersifat menyeluruh (kulliyah).

 

Pengajian agama di peringkat pos-menengah juga penting untuk membolehkan pelajar-pelajar madrasah setempat  berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan tidak terhenti di peringkat menengah atau pra-universiti sahaja.

 

Di samping itu, Al-Zuhri menawarkan pengajian Islam di peringkat pra-diploma (PPI) secara sepenuh masa bagi lulusan dari sekolah konvensional yang sudah tamat peringkat GCE ‘O’ atau GCE ‘A’ dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Islam.

 

Selain itu, Al-Zuhri juga menawarkan pengajian separuh masa seperti berikut:

  • Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI)
  • Diploma Perguruan Pendidikan Islam (DPPI)
  • Diploma Pengajian Islam (DPI)
  • Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah (DPQS)
  • Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA)
  • Diploma Pengajian Bahasa Arab Lanjutan (DPBAL)
  • Diploma Psikologi Islam & Kounseling (DPIK)
  • Sijil Pengajian Ugama (SPU)
  • Sijil Pengajian Al-Quran (SPA)
  • Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA)
  • Sijil Pengajian Bahasa Arab Lanjutan (SPBAL)
  • Sijil Psikologi Islam & Kaunseling (SPIK)
  • Kursus-Kursus Ringkas