Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA)

 

 

Sinopsis


Pengajian separuh masa selama 4 tahun (8 semester) ini sesuai untuk lulusan Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) yang ingin menguasai penggunaan bahasa Arab dengan pelbagai modul-modul yang menarik.

 

Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Bahasa Arab perlu memenuhi syarat di bawah:

  1. Berusia tidak kurang daripada 17 tahun
  2. Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) atau institusi yang setaraf dengannya

Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu dan keputusannya adalah muktamad.

 

 

Pengajian Secara Odit


 

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

 

Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu terhadap calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

 

 

Waktu Pengajian


 

Pengajian separuh masa Al-Zuhri  dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri


                         

 

Prosedur Kemasukan


Peserta yang berminat untuk memasuki program Diploma Pengajian Bahasa Arab perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan anda:

  1. 2 keping gambar saiz passport
  2. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
  3. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)

 

Yuran


 

Yuran Pendaftaran
Diploma : $54.00
Odit : $54.00
Yuran Bulanan
Diploma

: $486 setiap semester (6 bulan) /

  $81 setiap bulan

Odit : $81 setiap modul (1 bulan)

 

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

 

Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi Diploma Pengajian Bahasa Arab adalah tidak kurang daripada 4 tahun (8 semester).

 

Al-Zuhri mengamalkan sistem 2 semester dalam jangkamasa 12 bulan.

 

Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 20 minggu pengajian dalam setiap semester, diikuti dengan 4 minggu peperiksaan dan 2 minggu cuti setelah tamat setiap semester.

 

 

Penggal Minggu Pengajian
Peperiksaan Cuti
Semester 1
1 Feb - Apr (10 minggu) Apr (2 minggu) Mei (1 minggu)
2 Mei - Jul (10 minggu) Julai (2 minggu) Jul (1 minggu)
Semester 2
3 Ogos - Okt (10 minggu) Okt (2 minggu) Okt (1 minggu)
4 Nov - Jan (10 minggu) Januari (2 minggu) Januari (1 minggu)

 

Pensyarah


Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.

Web Software Agency
back to top