AL-ZUHRI

Diploma Perguruan Pendidikan Islam (DPPI)

 

Sinopsis


Pengajian separuh masa selama 3 tahun (6 semester) ini sesuai kepada golongan asatizah yang ingin meningkatkan kelayakan dan kemahiran di samping melengkapkan diri dengan kemahiran asas perguruan.

 

Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Diploma Perguruan Pendidikan Islam perlu memenuhi syarat di bawah:

  1. Berusia tidak kurang daripada 17 tahun
  2. Berkelulusan Peperiksaan Sijil Thanawi Empat (PSTE) kelolaan MUIS atau Sijil Thanawi Rabi’ (menengah empat) daripada madrasah yang diiktiraf atau yang setaraf dengannya
  3. Atau mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 2 tahun di madrasah sepenuh masa atau separuh masa
  4. Atau mempunyai Sijil Asas Perguruan (SAP) Fasa 2

 

Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu dan keputusannya adalah muktamad.

 

 

Pengajian Secara Odit


 

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

 

 

Waktu Pengajian


 

Pengajian separuh masa Al-Zuhri  dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri




Prosedur Kemasukan


Peserta yang berminat untuk memasuki program Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:

  1. 2 keping gambar saiz passport
  2. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
  3. Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada
  4. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
  5. Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula

 

Yuran


 

Yuran Pendaftaran
Diploma : $50.00
Odit : $50.00
Yuran Bulanan
Diploma

: $1600 setahun (2 semester) /   $160 setiap bulan

Odit : $160 setiap modul

 

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

 

Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi Diploma Perguruan Pendidikan Islam adalah tidak kurang daripada 3 tahun (6 semester).

 

Al-Zuhri mengamalkan sistem 2 semester dalam jangkamasa 12 bulan.

 

 

Bilangan Semester Peperiksaan Cuti
1 Feb - Mei (4 bulan) Mei (2 hari) Mei - Jun  (3 minggu)
2 Jun - Nov (5 bulan) Januari (3 hari) Januari (2 minggu)
3 Feb - Mei (4 bulan) Mei (2 hari) Mei - Jun (3 minggu)
4 Jun - Nov (5 bulan) Januari (3 hari) Januari (2 minggu)
5 Feb - Mei (4 bulan) Mei (2 hari) Mei - Jun (3 minggu)
6 Jun - Nov (5 bulan) Januari (3 hari) Januari (2 minggu)

 

Pensyarah


Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah.

 

  1. Mohamed Aidil Subhan bin Mohamed Sulor, BA Hons (Pengajian Bahasa Melayu) Universiti Malaya. MA, Universiti Nanyang Teknologi
  2. Mohamed Yusuf Zuhri, BA (Pengajian Islam) Universiti Malaya
  3. Wan Fareed Bin Mohamed Yusuf Zuhri, BSc (Pengajian Komputer) Universiti Glasgow