AL-ZUHRI

Diploma Psikologi Islam & Kaunseling (DPIK)

 



PENDAHULUAN


Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling ini adalah lanjutan bagi Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling. Ia merangkumi aspek Psikologi dan Kaunseling di samping menerapkan input-input keislaman dalam memahami bidang tersebut. Modul-modul yang ditawarkan memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu psikologi dan kaunseling dengan lebih mendalam. Di akhir kursus ini pelajar akan:


- Dapat membuat perbandingan antara Psikologi Barat dan Psikologi Islam.

- Dapat mengenal pasti kaedah-kaedah menangani masalah melalui teknik-teknik Kaunseling yang telah dipelajari.

- Mengetahui strategik-strategik untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh klien.

- Dapat membantu klien yang memerlukan disebabkan kandungan pembelajaran berfokus kepada tema-tema yang tertentu dan berkaitan dengan permasalahan kontemporari.

- Peserta akan dapat ikuti praktikum dengan menangani isu-isu sebenar dengan bantuan pensyarah.

 

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


Berusia tidak kurang dari 16 tahun


Telah lulus dan mendapatkan sijil dari salah satu pengajian di bawah:

• Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling (SPIK)

• Mempunyai latarbelakang pengajian Psikologi dan Kaunseling di institusi lain


Pengajian Secara Odit (Berkala)

Pelajar odit mengikuti pengajian secara berkala (part-time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan sahaja dan tidak akan diberikan sijil kelulusan diploma.


Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

 

 

MUSIM PENGAJIAN


Semester 1:

Penggal 1

Minggu Pengajian (Feb-Apr) : 10 minggu

Minggu Peperiksaan (Apr): 2 minggu

Minggu Cuti (Mei): 1 minggu


Penggal 2

Minggu Pengajian (Mei-Jul): 10 minggu

Minggu Peperiksaan (Jul): 2 minggu

Minggu Cuti (Ogos): 1 minggu


Semester 2:

Penggal 3

Minggu Pengajian (Ogos-Okt): 10 minggu

Minggu Peperiksaan (Okt): 2 minggu

Minggu Cuti (November): 1 minggu


Penggal 4

Minggu Pengajian (Nov-Jan): 10 minggu

Minggu Peperiksaan (Jan): 2 minggu

Minggu Cuti (Feb): 1 minggu

 

 

SISTEM PENILAIAN


Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.


 

PENGANUGERAHAN SIJIL


Sijil bagi Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

 

 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $88.00 sebulan (dibayar melalui giro).


Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.


Sila ke lelaman www.zuhri.com.sg untuk maklumat terperinci program DPIK.

 


More in this category: Diploma Pengajian Islam (DPI) »