AL-ZUHRI

Diploma Pengajian Islam (DPI)

PENDAHULUAN


Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri (DPIZ) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai disiplin agama. Di samping pengajian ilmu-ilmu teras agama seperti pengajian al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah, DPIZ juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam.

 

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


Berusia tidak kurang dari 17 tahun

• Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.


Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.


Pengajian Secara Odit (Berkala1)

• Berusia tidak kurang dari 17 tahun


Lembaga Pengurusan boleh melakukan interviu terhadap calon-calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

 

 

MUSIM PENGAJIAN


Semester 1:

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac) : 13 minggu Minggu

Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu


Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu


Semester 2:

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu


Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

 

 

SISTEM PENILAIAN


Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

 

PENGANUGERAHAN SIJIL


Sijil Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.


 

JALUR DPIZ


Peserta yang berjaya menamatkan pengajian DPIZ berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Islam Lanjutan DPIL atau program Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) di Institut Pengajian Al-Zuhri.


 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $88.00 sebulan (dibayar melalui giro).


Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.

 

 

Sila ke lelaman www.zuhri.com.sg untuk maklumat terperinci program DPIZ.