Sinopsis
Pengajian separuh masa selama 4 tahun (6 semester) ini sesuai untuk lulusan madrasah sepenuh masa yang sudah tamat menengah 4 atau pra-universiti dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Syarat-syarat Kemasukan
Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Islam perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Berusia tidak kurang daripada 17 tahun
- Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah dari salah satu pengajian di bawah atau yang setaraf dengannya:
- Kelas Bimbingan Menengah Empat (KBM 4)
- Sijil Pengajian Ugama (SPU)
- Sijil Pengajian Al-Quran (SPA)
Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu dan keputusannya adalah muktamad.
Pengajian Secara Odit
Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.
Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu terhadap calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad. Peperiksaan kemasukan (entry test) juga akandiberikan untuk memastikan kemahiran bahasa calon menepati taraf yang telah ditetapkan.
Waktu Pengajian
Hari dan waktu pengajian di Wisma Indah:
DPIZ A: Sabtu, 2.30-5.30ptg
DPIZ B: Ahad, 12.15-3.15ptg
DPIZ C: Ahad, 11.15-2.15ptg
DPIZ D: Rabu, 6.30-9.30mlm
DPIZ E: Ahad, 11.15-2.15ptg.
Di Marsiling:
DPIZ A: Ahad, 8-11pg
DPIZ B: Ahad, 11.15-2.15ptg
DPIZ C: Sabtu, 2.30-5.30ptg
Pengajian separuh masa Al-Zuhri dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri
Prosedur Kemasukan
Peserta yang berminat untuk memasuki program Diploma Pengajian Islam perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:
- 2 keping gambar saiz passport
- Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
- Salinan keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
- Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula
Yuran
Yuran Pendaftaran Diploma : $54.00 Odit : $54.00 Yuran Bulanan Diploma : $504 setiap semester (6 bulan) / $84 setiap bulan
Odit : $84 setiap modul Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi Diploma Pengajian Islam adalah tidak kurang daripada 4 tahun (8 semester).
Al-Zuhri mengamalkan sistem 2 semester dalam jangkamasa 12 bulan.
Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 20 minggu pengajian dalam setiap semester, diikuti dengan 4 minggu peperiksaan dan 2 minggu cuti setelah tamat setiap semester .
Penggal Minggu Pengajian Peperiksaan Cuti Semester 1 1 Feb - Apr (10 minggu) Apr (2 minggu) Mei (1 minggu) 2 Mei - Jul (10 minggu) Julai (2 minggu) Jul (1 minggu) Semester 2 1 Ogos - Okt (10 minggu) Okt (2 minggu) Okt (1 minggu) 2 Nov - Jan (10 minggu) Januari (2 minggu) Januari (1 minggu) Pensyarah
Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.