Spesialis Diploma Pengajian Al-Quran (SDPQ)

Sinopsis


Kursus ini dinamakan sebagai Spesialis Diploma Pengajian Al-Quran (SDPQ) adalah kerana ia memberikan tumpuan kepada tiga bidang utama pengajian al-Quran yang diperlukan oleh para penuntut pengajian Al-Quran peringkat lanjutan. Ia merupakan satu program pendidikan berterusan yang ditawarkan khusus kepada masyarakat Islam Singapura. Program ini bertujuan untuk meningkatan mutu bacaan al-Quran dan Qiraat melalui kaedah Talaqqi Musyafahah, mengukuhkan lagi pemahaman ayat-ayat Al-Quran melalui kaedah Tafsir al-Tahlili dan memperkasa kaedah penulisan Al-Quran melalui keadah penulisan al-Quran Rasm Uthmani. Program ini terarah kepada memberikan pemberatan (weightage) kepada kedua-dua aspek ‘Ilmi (teori) dan juga A’mali (aplikasi). Dengan mengambil pendekatan yang berteraskan kepada kemahiran (skills-based), program ini diharap dapat mempersiapkan peserta secara seimbang dalam dunia pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

 

Syarat-syarat kemasukan


- Berusia tidak kurang dari 17 tahun

- Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat Diploma Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (DPQS) atau yang setaraf dengannya

- Program Spesialis Diploma Pengajian Al-Quran (SDPQ) terbuka kepada semua graduan pengajian Islam terutama bagi graduan lulusan Diploma Pengajian al-Quran & Sunnah (DPQS) Zuhri. Para guru al-Quran di Singapura juga digalakkan untuk mengikuti program ini bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang Qiraat dan Tafsir al-Quran.


Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon-pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

 

Waktu Pengajian


Program Spesialis Diploma Pengajian Al-Quran (SDPQ) terbuka kepada semua graduan pengajian Islam terutama bagi graduan lulusan Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah (DPQS) Al-Zuhri. Para guru Al-Quran di Singapura juga digalakkan untuk mengikuti program ini bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang Qiraat dan Tafsir Al-Quran.


Program Spesialis Diploma Pengajian Al-Quran (SDPQ) ini mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil sebanyak 71 jam diikuti dengan minggu peperiksaan.


Spesialis Diploma Pengajian Al-Quran

Tahun pertama

Semester satu : 71 jam

Semester dua : 71 jam

Jumlah : 142 jam


Tahun kedua

Semester satu : 71 jam

Semester dua : 71 jam

Jumlah : 142 jam


Jumlah Keseluruhan : 284 jam


 

Yuran Pengajian


Specialis Diploma: $81 sebulan

Pendaftaran: $54 (sekali sahaja)


Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.


 

Pensyarah


Pensyarah diploma mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dapat dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum.

Web Software Agency
back to top