AL-ZUHRI

Diploma Pengajian Islam (DPI)

Sinopsis


Pengajian sepenuh masa selama 2 tahun (6 semester) ini sesuai untuk lulusan madrasah sepenuh masa yang sudah tamat menengah 4 atau pra-universiti dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Islam perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Berusia tidak kurang daripada 16 tahun
  2. Pengajian sekurang-kurangnya 10 tahun di madrasah sepenuh masa atau institusi yang diiktiraf  setaraf dengannya
  3. Berkelulusan Sijil Empat (STE) kelolaan MUIS atau Thanawi Rabi’ (menengah 4) daripada madrasah yang diiktiraf
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 kredit GCE ‘O’ Level
  5. Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am diberi keutamaan.

 

Pengajian Secara Odit


 

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.


Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu terhadap calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad. Peperiksaan kemasukan (entry test) juga akandiberikan untuk memastikan kemahiran bahasa calon menepati taraf yang telah ditetapkan.

 

 

Waktu Pengajian


Isnin hingga Jumaat (pagi dan petang) - Wisma Indah


Prosedur Kemasukan


Peserta yang berminat untuk memasuki program Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:

  1. 2 keping gambar saiz passport
  2. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
  3. Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada
  4. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
  5. Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula

 

Yuran


 

Yuran Pendaftaran
Diploma : $107.00
Odit : $54.00
Yuran Bulanan
Diploma

: $924 setiap semester/        $231 setiap bulan

Odit : $54 setiap modul

 

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

 

Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri adalah tidak kurang daripada2 tahun (6 semester).


Al-Zuhri mengamalkan sistem 3 semester dalam jangkamasa 12 bulan. Setiap semester mempunyai 15 minggu pengajian dan 2 minggu cuti.

 

Semester Musim Pengajian Peperiksaan Cuti
1 Feb - Mei (15 minggu) Mei (2 minggu)
2 Jun - Sep (15 minggu) Jun (2 minggu)
3 Okt - Jan (15 minggu) Jan (2 minggu)
4 Feb - Mei (15 minggu) Mei (2 minggu)
5 Jun - Sep (15 minggu) Jun (2 minggu)
6 Okt - Jan (15 minggu) Jan (2 minggu)

 

Pensyarah


Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yangbersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untukmemastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajarmendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.

 

  1. Fatimah Mohd Ali - BA (Shari’ah & Pengajian Islam), Universiti Mut’ah Jordan
  2. Mohamed Salehin Bin Mohamed Deros - BA, Syariah & Pengajian Islam, Universiti Kuwait
  3. Nur Aamal Binte Arif - BA, Syariah, Universiti Al-Azhar, Keherah Mesir & MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Fiqh & Usul Fiqh)
  4. Siti Fadilah Padale, BA (Bahasa Arab), Universiti Al-Azhar, Egypt