AL-ZUHRI

test program


Sinopsis


Pengajian sepenuh masa selama 2 tahun (6 semester) ini sesuai untuk lulusan madrasah sepenuh masa yang sudah tamat menengah 4 atau pra-universiti dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Islam perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:
  1. Berusia tidak kurang daripada 16 tahun
  2. Pengajian sekurang-kurangnya 10 tahun di madrasah sepenuh masa atau institusi yang diiktiraf  setaraf dengannya
  3. Berkelulusan Sijil Empat (STE) kelolaan MUIS atau Thanawi Rabi’ (menengah 4) daripada madrasah yang diiktiraf
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 kredit GCE ‘O’ Level
  5. Berkelulusan Thanawi ‘Aali (pra-universiti) daripada madrasah atau institusi yang diiktiraf. Para pelajar Thanawi ‘Aali boleh dikecualikan daripada beberapa modul yang telah mereka pelajari setelah mendapat kelulusan daripada Pengurusan.
  6.  Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am diberi keutamaan.

 

Pengajian Secara Odit


Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part-time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan transkrip untuk modul yang diambil dan tidak akan diberikan sijil kelulusan diploma.

Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu terhadap calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad. Peperiksaan kemasukan (entry test) juga akandiberikan untuk memastikan kemahiran bahasa calon menepati taraf yang telah ditetapkan.

 

 

Waktu Pengajian


Isnin hingga Jumaat (pagi dan petang)


Prosedur Kemasukan


Peserta yang berminat untuk memasuki program Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:
  1. 2 keping gambar saiz passport
  2. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
  3. Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada
  4. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
  5. Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula

 

Yuran


 

Yuran Pendaftaran
Diploma : $100.00
Odit : $50.00
Yuran Bulanan
Diploma

: $800 setiap semester/       $200 setiap bulan

Odit : $50 setiap modul

Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri adalah tidak kurang daripada2 tahun (6 semester).


Al-Zuhri mengamalkan sistem 3 semester dalam jangkamasa 12 bulan. Setiap semester mempunyai 15 minggu pengajian dan 2 minggu cuti.

 

Semester Musim Pengajian Peperiksaan Cuti
1 Feb - Mei (15 minggu)
Mei (2 minggu)
2 Jun - Sep (15 minggu)
Jun (2 minggu)
3 Okt - Jan (15 minggu)
Jan (2 minggu)
4 Feb - Mei (15 minggu)
Mei (2 minggu)
5 Jun - Sep (15 minggu)
Jun (2 minggu)
6 Okt - Jan (15 minggu)
Jan (2 minggu)

 

Pensyarah


Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yangbersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untukmemastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajarmendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.

 

  1. Adam Ismail, BA (Da’wah), Universiti Islam Madinah
  2. Fathurrahman Dawoed, BA (Shari’ah), Universiti Islam Madinah
  3. Fatimah Mohd Ali - BA (Shari’ah & Pengajian Islam), Universiti Mut’ah Jordan
  4. Husny Jasin Amin Sahib - BA (Hadith), Universiti Islam Madinah
  5. Mohamed Aidil Subhan bin Mohamed Sulor, BA Hons (Pengajian Bahasa Melayu) Universiti Malaya. MA, Universiti Nanyang Teknologi
  6.  Roselinah Rasiman, BA (Geografi dan Psikologi), Universiti Kebangsaan Singapura
  7.  Siti Fadilah Padale, BA (Bahasa Arab), Universiti Al-Azhar, Egypt
  8.  Tajul Arif Mohd Yusof, BA, Universiti Malaya (Pengajian Bahasa Melayu)
  9.  Umar Mohammad Noor - BA (Hadith), Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta MA, (Hadith), Universiti Omdurman, Sudan