AL-ZUHRI

Pengajian Bahasa Arab Intensif (PBAI)


Buat sementara waktu program pengajian ini tidak ditawarkan.

 

Sinopsis


Pengajian sepenuh masa selama 2 tahun (6 semester) ini sesuai bagi golongan dewasa yang berminat untuk mengambil program bahasa Arab secara sepenuh masa.


Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Pengajian Bahasa Arab Intensif perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Berusia 30 tahun ke atas
  2. Mempunyai asas bahasa Arab yang baik (boleh membaca dan menulis bahasa Arab)
  3. Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad. Peperiksaan kemasukan (entry test) juga akan diberikan untukmemastikan kemahiran bahasa calon menepati taraf yang telah ditetapkan.

Pengajian Secara Odit


 

 

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.


Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu terhadap calon tertentu dankeputusannya adalah muktamad. Peperiksaan kemasukan (entry test) juga akan diberikan untuk memastikan kemahiran bahasa calon menepati taraf yang telah ditetapkan.

Waktu Pengajian


Isnin hingga Jumaat (pagi dan petang) - Wisma Indah


Prosedur Kemasukan


Peserta yang berminat untuk memasuki program Pengajian Bahasa Arab Intensif Al-Zuhri perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:

  1. 2 keping gambar saiz passport
  2. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
  3. Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada
  4. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
  5. Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula

Yuran


Yuran Pendaftaran
Pra Diploma : $100.00
Odit : $50.00
Yuran Bulanan
Pra Diploma : $760 Setiap Semester/ $190 Setiap Bulan
Odit : $40 Setiap Modul

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

 

Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi Pengajian Bahasa Arab Intensif Al-Zuhri adalah tidak kurang daripada 2 tahun (6 semester).


Al-Zuhri mengamalkan sistem 3 semester dalam jangkamasa 12 bulan. Setiap semester mempunyai 15 minggu pengajian dan 2 minggu cuti.

Semester Musim Pengajian Peperiksaan Cuti
1 Feb - Mei (15 minggu) Mei (2 minggu)
2 Jun - Sep (15 minggu) Jun (2 minggu)
3 Okt - Jan (15 minggu) Jan (2 minggu)
4 Feb - Mei (15 minggu) Mei (2 minggu)
5 Jun - Sep (15 minggu) Jun (2 minggu)
6 Okt - Jan (15 minggu) Jan (2 minggu)

 

Pensyarah


Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.

  1. Fatimah Mohd Ali - BA, Hons (Shari’ah & Pengajian Islam), Universiti Mut’ah Jordan
  2. Husny Jasin Amin Sahib - BA, Hons (Hadith), Universiti Islam Madinah
  3. Nur Izsra Mohammad Yasin - BA, Hons (Usuluddin), Universiti Al-Azhar

More in this category: « sample