Pra Diploma Pengajian Islam (PPI)

Sinopsis


Pengajian sepenuh masa selama 2 tahun (6 semester) ini sesuai untuk lulusan dari sekolah konvensional yang sudah tamat GCE 'O' atau GCE 'A' dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Islam (DPI).

 

Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Pra-Diploma Pengajian Islam perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Berusia tidak kurang daripada 16 tahun
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 kredit GCE ‘O’ Level
  3. Mempunyai kelulusan peperiksaan darjah 6 peringkat madrasah kelolaan MUIS atau setaraf dengannya.
  4. Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad. Peperiksaan kemasukan (entry test) juga akan diberikan untukmemastikan kemahiran bahasa calon menepati taraf yang telah ditetapkan.

 

Pengajian Secara Odit


 

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.


Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu terhadap calon tertentu dankeputusannya adalah muktamad. Peperiksaan kemasukan (entry test) juga akan diberikan untuk memastikan kemahiran bahasa calon menepati taraf yang telah ditetapkan.

 

 

Waktu Pengajian


Isnin hingga Jumaat (pagi dan petang) - Wisma Indah


Prosedur Kemasukan


Peserta yang berminat untuk memasuki program Pra-Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:

  1. 2 keping gambar saiz passport
  2. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
  3. Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada
  4. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
  5. Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula

 

Yuran


 

Yuran Pendaftaran
Pra Diploma : $107.00
Odit : $54.00
Yuran Bulanan
Pra Diploma : $816 Setiap Semester/ $204 Setiap Bulan
Odit : $43 Setiap Modul

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

 

Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi Pra-Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri adalah tidak kurang daripada 2 tahun (6 semester).


Al-Zuhri mengamalkan sistem 3 semester dalam jangkamasa 12 bulan. Setiap semester mempunyai 15 minggu pengajian dan 2 minggu cuti.

 

Semester Musim Pengajian Peperiksaan Cuti
1 Feb - Mei (15 minggu) Mei (2 minggu)
2 Jun - Sep (15 minggu) Jun (2 minggu)
3 Okt - Jan (15 minggu) Jan (2 minggu)
4 Feb - Mei (15 minggu) Mei (2 minggu)
5 Jun - Sep (15 minggu) Jun (2 minggu)
6 Okt - Jan (15 minggu) Jan (2 minggu)

 

Pensyarah


Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.

 

  1. Fatimah Mohd Ali - BA, Hons (Shari’ah & Pengajian Islam), Universiti Mut’ah Jordan
  2. Mohamed Salehin Bin Mohamed Deros - BA (Syariah & Pengajian Islam), Universiti Kuwait
  3. Nur Aamal Binte Arif - BA (Syariah), Universiti Al-Azhar, Keherah Mesir & MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Fiqh & Usul Fiqh)

 

 

 

Web Software Agency
back to top