AL-ZUHRI

Kursus Asas Faraid (KAF)

* Buat sementara waktu kursus ini tidak ditawarkan


Waktu pengajianperincian kursus


 

Pengajian separuh masa Al-Zuhri  dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri


borang



 

Pengenalan


 

- Kursus ini memperkenalkan tentang asas ilmu Faraid.

- Kursus selama 16 minggu ini memberi peluang kepada peserta untuk mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai teknik-teknik pengagihan harta warisan berdasarkan perkiraan Faraid.

- Ilmu Faraid ialah ilmu yang menerangkan cara pembahagian harta pusaka kepada anggota waris si mati mengikut ketentuan yang telah ditetapkan Allah di dalam al-Quran dan as-Sunnah.


 

Objektif


 

- Bertujuan untuk memberi pengetahuan am tentang ilmu Faraid.

- Bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pembahagian harta secara adil menurut syariat Islam.

- Pendedahan pelajar kepada isu-isu klasik dan kontemporari yang berkaitan dengan Ilmu Faraid.

- Kemampuan untuk menganalisa masalah-masalah Faraid berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah tanpa mengabaikan kemampuan akal.


 

Perincian Modul


 

1. Pengenalan ilmu Faraid

  • Ta’rif ilmu Faraid
  • Matlamat mempelajari ilmu Faraid
  • Kepentingan mempelajari dan memahami ilmu Faraid
  • Sumber ilmu Faraid dari al-Quran dan as-Sunnah

Faraid pada zaman awal Islam dan kontemporari

 

 

2. Aspek-aspek utama dalam ilmu Faraid

  • Rukun-rukun pewarisan
  • Syarat-syarat pewarisan
  • Sebab-sebab pewarisan
  • Sebab-sebab terhalangnya pewarisan
  • Perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan harta pusaka
    • Jenis-jenis pewarisan

3. Pembahagian ahli waris

  • Jenis-jenis ahli waris (Ashabul Furudh) yang layak menerima harta warisan
  • Ahli-ahli waris lelaki
  • Ahli-ahli waris perempuan
  • Ahli waris mengikut tingkatan
  • Kaedah umum dalam pembahagian Faraid
  • Perkara-perkara yang menghalang ahli waris daripada menuntut harta warisan.

 

 

4. Penghuraian masalah-masalah Faraid

  • Istilah-istilah yang digunakan dalam Ilmu Faraid
    • Tarikah
    • Asobah
    • Mahjub
    • Kalalah
    • Masalah ‘Aul
    • Masalah Rad
    • Masalah anak dalam kandungan
    • Khunsa Musykil
    • Mafqud

Masalah kematian ahli waris (dll)


 

5. Pengagihan harta mengikut undang-undang Faraid

  • Hal-hal yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan pembahagian harta

 

  1. a.Wasiat
  2. b.Hutang
  3. c.Pengurusan jenazah

 

  • Kadar bahagian harta yang ditetapkan bagi setiap ahli waris mengukut kiraan faraid
  • Waris Zawul Arham
  • Waris Asobah

6. Kaedah perkiraan harta warisan

  • Contoh-contoh pembahagian harta warisan yang diperbincangkan oleh ulama-ulama klasik
  • Contoh-contoh pembahagian harta warisan pada masa kini.
  • Masalah-masalah kontemporari di Singapura (CPF, harta sepencarian, real property dll)

7. Isu-isu berkaitan dengan ilmu Faraid

  • Ilmu Faraid melindungi hak wanita dan kanak-kanak
  • Ilmu Faraid melindungi hak ahli keluarga
  • Keadilan dalam pembahagian harta Antara lelaki dan wanita
  • Himah kadar yang diterima oleh setiap ahli waris
  • Kesalahan yang lazim berlaku dalam pembahagian harta pusaka
Wasiat dan Hibah

 

8. Tugasan dan Latihan perkiraan Faraid