Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA)

Pengenalan


 

− Program ini menawarkan pengajian asas Al-Qur'an dan solat secara amali bagi pelajar dewasa yang tiada asas pengetahuan mengenai Al-Qur'an dan ibadah harian.

− Ianya mengambil masa selama 9 bulan dan tiada peperiksaan yang dikenakan untuk menamatkan program ini.

Objektif


- Membuka peluang bagi masyarakat Islam dewasa yang berumur 17 tahun ke atas yang belum memiliki asas agama agar dapat mempelajari dan mahir dalam membaca al-Quran serta mengamalkan ibadah harian sebagai identiti utama sebagai seorang Muslim.
- Menambah bilangan yang celik membaca al-Qur’an dan mengamalkan fardhu ‘ain.
- Memberikan kemahiran asas untuk mempelajari Islam lebih mendalam.

 

Waktu Pengajian


Program ini dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 2 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri.

 

Hari dan waktu pengajian:

KAFA A: Selasa, 8 - 10 malam.

 

 

Yuran


Yuran Pendaftaran (termasuk GST)

: $54
Yuran Bulanan (termasuk GST)

: $65 setiap bulan /


Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

 


Web Software Agency
back to top