AL-ZUHRI

Kursus Penulisan Islam (KPI)

Sinopsisperincian kursus


Kursus ini bermaksud menanam bibit kesedaran tentang penulisan Islam dan membimbing peserta untuk menjadi penulis Islam yang berwibawa melalui tunjuk ajar tentang etika, adab dan cara penulisan. Di akhir kursus, peserta akan mampu menjana penulisan berciri Islam yang sesuai untuk penerbitan. Peserta akan dibimbing menulis dan menyumbangkan karya kepada media penerbitan. Secara ringkas, objektif kursus ini adalah sebagai berikut:

• Melahirkan kesedaran tentang pentingnya menulis sebagaimana dianjurkan agama.

• Melatih dan melahirkan penulis Islam yang mampu menjana penulisan Islam untuk sejagat.

• Melahirkan warisan berbentuk penulisan menerusi generasi penulis berjiwa Islam.


Waktu Pengajian


Kursus dijalankan secara separuh masa di Al-Zuhri, Wisma Indah.

• Kursus dijalankan dalam tempoh masa 8 sesi dan setiap sesi 3 jam, sekali dalam seminggu

 

Yuran


Yuran Pendaftaran
Kursus Singkat
: $54.00 (*sekali sahaja)
Yuran Bulanan
Kursus Singkat

: $84 setiap bulan

*Yuran termasuk 7% GST


Syarat-Syarat Kemasukan


• Belia dan dewasa 15 tahun ke atas

• Mempunyai pengetahuan asas tentang Islam

 

 

Tenaga Pengajar


A. Rahman Basrun; pengasas Scholastica sebuah wadah yang mempromosikan semangat inteletualisme. Beliau telah memperkenalkan kurikulum yang unik yang meliputi iScience, iAuthor, iOrator. Beliau juga menangani program-program di bawah MOE untuk mempertingkatkan pelajar-pelajar yang berkemampuan tinggi. Beliau pada awalnya adalah seorang wartawan selama 25 tahun di Singapore Press Holdings (SPH). Beliau adalah seorang pensyarah di Andalus dan menulis di Facebook Al-Zuhri.