AL-ZUHRI

Kursus Bimbingan Ugama (KBU)

Sinopsisperincian kursus



    


    Kursus selama 1 tahun (36 sesi) ini memberi bimbingan yang menyeluruh mengenai pengetahuan-pengetahuan asas dalam Islam dan membantu peserta dalam menghayati amal dan ibadah seharian. Kursus ini juga bertujuan untuk mempersiapkan peserta untuk menempuh pengajian di peringkat sijil. Kursus ini merangkumi empat komponen utama:


 

1. (KBU I): Hadith 3 serangkai yang terdiri dari Aqidah, Syariah dan Akhlaq, menguraikan aspek-aspek penting ajaran Islam melalui hadith-hadith Rasulullah saw.

 

2. (KBU II): Mengenali hukum-hukum tajwid, memperbaiki dan memperlancar bacaan Al-Qur’an

 

3. (KBU III): Menghayati surah-surah pendek dalam Al-Qur’an

 

4. (KBU IV): Memahami dan menghayati solat-solat wajib dan sunnah


 

Setiap komponen tersebut akan mengambil masa 3 bulan (12 sesi). Kursus ini tidak mempunyai peperiksaan bagi setiap komponennya. Peserta diperbolehkan untuk mengambil salah satu komponen yang dipilih dari kelas yang sedia ada.


 

Waktu Pengajian


Pengajian separuh masa Al-Zuhri  dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri.

 


Yuran


Yuran Pendaftaran
Kursus Singkat
: $54.00
Yuran Bulanan
Kursus Singkat

: $81 setiap bulan (selama 3 bulan)

 Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.



Tempoh Pengajian


Kursus ini mengambil masa 3 bulan (12 sesi/minggu) untuk tamat.

 

 

Pensyarah


Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.