Kursus Fiqh Wanita (KFW)

Sinopsisperincian kursus



    


      Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai isu-isu Fiqh berkaitan wanita. Kursus selama 16 minggu ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendalami isu-isu Fiqh yang menjadi tumpuan para fuqaha’.


     Pengajian ini dapat memberi faedah kepada mereka untuk mempraktikkan pengajaran yang disbampaikan dengan memperbaiki aktiviti sehari-harian mereka apabila isu-isu fiqh berkenaan berlaku.


 

Waktu Pengajian


Pengajian separuh masa Al-Zuhri  dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri.

 


Yuran


Yuran Pendaftaran
Kursus Singkat
: $54.00
Yuran Bulanan
Kursus Singkat

: $81 setiap bulan (selama 4 bulan)

 Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.


Tempoh Pengajian


Kursus ini mengambil masa 4 bulan (16 sesi/minggu) untuk tamat.

 

 

Pensyarah


Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.



Web Software Agency
back to top