AL-ZUHRI

Monday, 26 October 2015 05:49

Pasca Siswazah Pengajian Islam (PSPI)

Written by  Administrator
Rate this item
(3 votes)

Sinopsis




Program ini merangkumi pengajian dan penyelidikan dalam bidang falsafah dan ketamadunan Islam dengan pengkhususan yang diminati oleh setiap peserta pada penulisan tesis. Program ini dilaksanakan secara separuh masa selama 2.5 tahun. Terdapat 42 jam kredit yang perlu diselesaikan dengan perincian seperti berikut:-

 

Klasifikasi Kursus – Program Khas Antarabangsa Sarjana Falsafah Mod Penyelidikan

No

Klasifikasi

Jam Kredit

1

Masters Thesis

12

2

CASIS Coursework

30

TOTAL

42

 

 

 

 

 

Syarat-syarat kemasukan


Syarat Kemasukan adalah mengikut “Garispanduan Penilaian Syarat Kemasukan 2008 Pindaan 1/2013 (Mod Penyelidikan)” dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diringkaskan seperti berikut:-

 

  1. CPA 3.00/4.00
  2. CPA 2.75 hingga 2.99 (dengan sokongan 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan)
  3. CPA 2.50 hingga 2.74 (dengan sokongan 4 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan)

 

 

Waktu Pengajian


Setiap modul pengajian akan mengambil masa 36 jam untuk diselesaikan yang dibahagikan kepada 4 kali pertemuan. Pengajian akan diadakan di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri yang terletak di Wisma Indah. Jadual pengendalian setiap modul akan disiapkan oleh UTM-CASIS. Pengajian akan dijalankan sebagaimana berikut:-

 

 

  • Jumaat             : 6.30 petang – 9.30 malam
  • Sabtu               : 3.00 petang – 9.00 malam

 

Yuran


Yuran Pendaftaran (termasuk GST)
: $370.00
Yuran Bulanan (termasuk GST)

: $560 setiap bulan /

$16,800 untuk 5 semester

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.


Pensyarah


Tenaga pengajar program ini sepenuhnya disediakan oleh pihak UTM-CASIS.

Last modified on Monday, 26 October 2015 06:18