AL-ZUHRI

Sunday, 08 September 2019 07:27

Pasca Siswazah Pengajian Islam (PSPI) - CASIS

Written by  Administrator

 

PENDAHULUAN


Pasca Siswazah Pengajian Islam kerjasama dengan Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS CASIS) – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ditawarkan bagi peringkat Master dan Phd yang merangkumi pengajian dan penyelidikan dalam bidang falsafah, sains dan peradaban Islam. PSPI Zuhri-CASIS bertujuan memberi peluang kepada lulusan sarjana muda dari institusi yang diiktiraf untuk melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa yang sesuai dengan konteks tempatan.


 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


• Berusia tidak kurang dari 17 tahun

• Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat sarjana muda atau diploma lanjutan setaraf sarjana muda di Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain institusi pendidikan yang diiktiraf


Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.



MUSIM PENGAJIAN


Musim pengajian menempuh sistem semester sebagaimana berikut: -

1. Semester 1, Sept – Feb

2. Semester 2, Mac – Ogos


Dengan susunan modul sebagaimana berikut: -

 

KURSUS WAJIB UNIVERSITI (6 UNITS)

 

UHW 6023

Philosophy of Science and Civilisation | equivalent to CASIS 1023: Islamic Philosophy and Methodology of Science

ULP 0010

Research Methodology | equivalent to CASIS 1033: History and Methodology of Islamic Science and Technology

KURSUS WAJIB PROGRAM (15 UNITS)

 

MTI 1013

Worldview and Epistemic Frameworks

MTI 1023

Islamic Philosophy of Science

MTI 1033

History and Methodology of Islamic Science and Technology

MTI 1043

Qur’an and Hadith: Principles, Methodology and Contemporary Challenges

MTI 1053

Decolonisation and Islamisation of Contemporary Knowledge

KURSUS ELEKTIF (9 UNITS)

 

MTI 1113

Islamic Economic Thought and Institutions

MTI 1123

Islamic Political Thought and Institutions

MTI 1133

Islam in Malay History and Culture

MTI 1143

Islam and World History

MTI 1153

Shari‘ah in Contemporary Societies

MTI 1163

Major Muslim Scientists

MTI 1173

Major Muslim Thinkers

MTI 1183

Tasawwuf in Islamic Tradition

MTI 1193

Reading in Classical Texts

MTI 1203

Reading in Contemporary Texts

MTI 1213

Religion, Development and Human Culture

MTI 1233

Islam and Urban Development

MTI 1243

Islam and Other Faiths

MTI 1253

Islam and Architecture


 

SISTEM PENILAIAN


 

Penilaian dijalankan merangkumi komponen-komponen pengajian seperti berikut: -

 

Klasifikasi Kursus – Program Khas Antarabangsa Sarjana Falsafah Mod Penyelidikan

No

Klasifikasi

Jam Kredit

1

Penulisan Tesis

12

2

Kursus

30

TOTAL

42








PENGANUGERAHAN SIJIL


Sijil dianugerahkan berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas semua kursus dan penulisan tesis diselesaikan.

 



JALUR PENGAJIAN


 

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian PSPI Zuhri-UIKA berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program Phd di universiti-universiti Indonesia atau Malaysia.

 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $370.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $560.00 sebulan (dibayar melalui giro).

 

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.



Last modified on Sunday, 08 September 2019 15:26