PENDAHULUAN
Pasca Siswazah Pengajian Islam kerjasama dengan Sekolah Pasca Sarjana Universitas Ibn Khaldun (SPS – UIKA) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat master yang merangkumi pengajian dan penyelidikan dalam bidang Pendidikan Agama Islam. PSPI Zuhri-UIKA bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Sarjana Muda Pengajian Islam atau Diploma Pengajian Islam Lanjutan di Zuhri, Andalus dan Cordova dan lain-lain institusi yang diiktiraf untuk melanjutkan pengajian Islam secara separuh masa ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa yang sesuai dengan konteks tempatan.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
• Berusia tidak kurang dari 17 tahun
• Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat sarjana muda atau diploma lanjutan setaraf sarjana muda di Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain institusi pendidikan yang diiktiraf
Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.
MUSIM PENGAJIAN
Musim pengajian menempuh sistem semester sebagaimana berikut: -
1. Semester 1, Sept – Feb
2. Semester 2, Mac – Ogos
Dengan susunan modul sebagaimana berikut: -
NAMA MATA KULIAH |
SEM |
SKS |
Matrikulasi Ilmu Pendidikan Islam |
1 |
0 |
Matrikulasi Teknik Penulisan Jurnal Ilmiah |
1 |
0 |
Islamic Worldview I |
1 |
3 |
Tafsir Hadits Pendidikan Islam I |
1 |
3 |
Filsafat Pendidikan Islam |
1 |
3 |
Psikologi Pendidikan Islam |
1 |
3 |
Kebijakan Pendidikan Nasional |
2 |
3 |
Peradaban dan Pembaharuan Pendidikan Islam |
2 |
3 |
Metodologi Penelitian Kualitatif I |
2 |
3 |
Metodologi Penelitian Kuantitatif I |
2 |
3 |
Perencanaan dan Pengelolaan Keuangan Pendidikan Islam |
2 |
3 |
Analisis Kurikulum Pendidikan Islam |
3 |
3 |
Seminar Proposal Penelitian |
4 |
1 |
Seminar Hasil Penelitian |
4 |
1 |
Komprehensif |
4 |
1 |
Tesis |
4 |
6 |
|
|
|
Konsentrasi Manajemen Pendidikan Islam |
SEM |
SKS |
Manajemen Pendidikan Islam |
3 |
3 |
Supervisi Pendidikan Islam |
3 |
3 |
|
|
|
Konsentrasi Pendidikan dan Pemikiran Islam |
SEM |
SKS |
Pemikiran Pendidikan Islam Kontemporer |
3 |
3 |
Perbandingan Pemikiran Pendidikan Islam dan Barat |
3 |
3 |
SISTEM PENILAIAN
Penilaian dijalankan merangkumi komponen-komponen pengajian seperti berikut: -
Komponen |
Jam Kredit |
12 modul pengajian |
36 |
Seminar proposal penelitian |
1 |
Seminar hasil penelitian |
2 |
Peperiksaan komprehensif |
1 |
Tesis |
6 |
Total |
45 |
PENGANUGERAHAN SIJIL
Sijil dianugerahkan berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan dengan maklumat dan rincian seperti berikut: -
Program Pengajian |
Pendidikan Agama Islam (PAI) |
Gelar Akademik |
Master Pendidikan |
Jenis Pengajian |
Perkuliahan dan Penulisan Tesis |
Lama Pengajian |
2 tahun |
Pengkhususan |
Pendidikan Islam |
JALUR PENGAJIAN
Peserta yang berjaya menamatkan pengajian PSPI Zuhri-UIKA berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program Phd di universiti-universiti Indonesia atau Malaysia.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $370.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $480.00 sebulan (dibayar melalui giro).