Monday, 26 October 2015 05:49

Pasca Siswazah Pengajian Islam (PSPI)

Written by  Administrator
Rate this item
(3 votes)


prospektusuika
prospektuscasis

 

Klik untuk Muat Turun

Slaid Previu PSPI, 20 Januari 2018M

Sinopsis (UIKA)


Program ini merangkumi pengajian dan penyelidikan dalam bidang Pendidikan Agama Islam. Program ini dilaksanakan secara separuh masa selama 2 hingga 4 tahun. Terdapat 44 jam kredit yang perlu diselesaikan dengan perincian seperti berikut:-

 

Klasifikasi Kursus – Program Khas Antarabangsa Sarjana Falsafah Mod Penyelidikan

No

Klasifikasi

Jam Kredit

1

Masters Thesis

14

2

CASIS Coursework

30

TOTAL

44

 

 

 

 

 

 

 

* Pendaftaran telah dibuka. Kelas akan bermula pada 14 September 2018.

 

Syarat-syarat kemasukan


Syarat Kemasukan adalah mengikut Garispanduan Penilaian Syarat Kemasukan Program Studi Pendidikan Islam, UIKA yang diringkaskan seperti berikut:-

  1. Lulus Ijazah S1
  2. Dan lulus ujian berikut:
    • Ujian tulisan potensi akademik, Pemahaman keislaman dan pendidikan
  • dan Ujian lisan dengan ketua program studi

      Waktu Pengajian


      Setiap modul pengajian akan mengambil masa 36 jam untuk diselesaikan yang dibahagikan kepada 4 kali pertemuan. Pengajian akan diadakan di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri yang terletak di Wisma Indah. Jadual pengendalian setiap modul akan disiapkan oleh Al-Zuhri & UIKA. Pengajian akan dijalankan sebagaimana berikut:-

       

      • Jumaat             : 6.30 petang – 9.30 malam
      • Sabtu               : 3.00 petang – 9.00 malam

      Yuran


      Yuran Pendaftaran (termasuk GST)
      : $370.00
      Yuran Bulanan (termasuk GST)

      : $480 setiap bulan /

      $14,400 untuk 5 semester

      Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.


      Pensyarah


      Tenaga pengajar program ini sepenuhnya disediakan oleh pihak UIKA.

       

      Sinopsis (CASIS)

       


       

      Program ini merangkumi pengajian dan penyelidikan dalam bidang falsafah dan ketamadunan Islam dengan pengkhususan yang diminati oleh setiap peserta pada penulisan tesis. Program ini dilaksanakan secara separuh masa selama 2.5 tahun. Terdapat 42 jam kredit yang perlu diselesaikan dengan perincian seperti berikut:-

      Klasifikasi Kursus – Program Khas Antarabangsa Sarjana Falsafah Mod Penyelidikan

      No

      Klasifikasi

      Jam Kredit

      1

      Masters Thesis

      12

      2

      CASIS Coursework

      30

      TOTAL

      42

       

       

       

       

       

      Syarat-syarat kemasukan


      Syarat Kemasukan adalah mengikut “Garispanduan Penilaian Syarat Kemasukan 2008 Pindaan 1/2013 (Mod Penyelidikan)” dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diringkaskan seperti berikut:-


      1. CPA 3.00/4.00
      2. CPA 2.75 hingga 2.99 (dengan sokongan 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan)
      3. CPA 2.50 hingga 2.74 (dengan sokongan 4 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan)

        Waktu Pengajian


        Setiap modul pengajian akan mengambil masa 36 jam untuk diselesaikan yang dibahagikan kepada 4 kali pertemuan. Pengajian akan diadakan di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri yang terletak di Wisma Indah. Jadual pengendalian setiap modul akan disiapkan oleh Al-Zuhri & UIKA. Pengajian akan dijalankan sebagaimana berikut:-

         

        • Jumaat             : 6.30 petang – 9.30 malam
        • Sabtu               : 3.00 petang – 9.00 malam

        Yuran


        Yuran Pendaftaran (termasuk GST)
        : $370.00
        Yuran Bulanan (termasuk GST)

        : $563 setiap bulan /

        $16,890 untuk 5 semester

        Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

        Pensyarah


        Tenaga pengajar program ini sepenuhnya disediakan oleh pihak UTM - CASIS.


        Last modified on Tuesday, 03 July 2018 07:07
        Administrator

        Latest from Administrator

        back to top