AL-ZUHRI

Friday, 04 November 2016 09:33

Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (SMPBA)

Written by  Administrator
Rate this item
(2 votes)


Sinopsis



Pengajian separuh masa selama 4 tahun (8 semester) ini sesuai untuk lulusan peringkat diploma yang ingin melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang pengajian Bahasa Arab.



Komponen Pengajian

Komponen pengajian SMPBA adalah sebagai berikut: -


Komponen

Semester

(4 Tahun Pengajian)

Jam Kredit

Perkuliahan

1 - 8

130

Praktikum Mengajar

7 - 8

4

Kuliah Kerja Nyata

8

4

Seminar Proposal Skripsi

7

2

Skripsi

7 - 8

6

Total

145


Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Sarjana Muda Pengajian Islam perlu memenuhi syarat di bawah:

1. Berusia tidak kurang dari 18 tahun

2. Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal dari salah satu pengajian di bawah:

- Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri (DPI) Sepenuh Masa

- Diploma Pengajian Bahasa Arab Al-Zuhri (DPBA)

- Thanawi ʿĀli (Pra - Universiti) dari madrasah sepenuh masa


Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu dan keputusannya adalah muktamad


Waktu Pengajian


Jumaat dan Sabtu, petang dan malam, Wisma Indah

(Jumaat: 6.30 ptg - 9.30 mlm, rehat ½ jam untuk solat Marghrib dan

Sabtu: 3.00 ptg – 9.00 mlm (rehat ½ jam untuk solat Asar dan Margrib)


Prosedur Kemasukan


Peserta yang berminat untuk memasuki program Sarjana Muda Pengajian Islam perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan anda:

1. 2 Keping gambar saiz passport

2. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan

3. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikut program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)


Yuran


Yuran Pendaftaran
Ijazah : $214.00
Odit : $107.00
Yuran Bulanan
Ijazah

: $1800 setiap semester (6 bulan) /

$300 setiap bulan

Odit : $300 setiap modul (1 bulan)

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.


Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi Sarjana Muda Pengajian Islam adalah tidak kurang daripada 4 tahun (8 semester).

Al-Zuhri mengamalkan sistem 2 semester dalam jangkamasa 12 bulan.


Penggal Minggu Pengajian
Peperiksaan Cuti
Semester 1
1 Jul - Nov (20 minggu) Nov - Dis (5 minggu) Dis (1 minggu)
Semester 2
2 Jan - Mei (20 minggu) Mei - Jun (5 minggu) Jun (1 minggu)

Pensyarah


Pensyarah ijazah mempunyai kelulusan minima sarjana dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dapat dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Peratusan pensyarah UNIDA adalah sebanyak 60% dan pensyarah Al-Zuhri sebanyak 40%.




Last modified on Wednesday, 26 July 2017 07:46