AL-ZUHRI

Tuesday, 18 December 2012 07:42

Sarjana Muda Pengajian Islam

Written by  Administrator
Rate this item
(7 votes)

Sinopsis


Pengajian separuh masa selama 4 tahun (8 semester) ini sesuai untuk lulusan peringkat diploma yang ingin melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi.


Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Sarjana Muda Pengajian Islam perlu memenuhi syarat di bawah:

  1. Berusia tidak kurang daripada 18 tahun
  2. Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal dari salah satu pengajian di bawah:

- Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri (DPIZ)

- Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (DPQS)

- Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA

- Diploma Pengajian Islam Cordova (DPIC)

- Diploma dari institusi pengajian Islam lain yang diiktiraf

- Pre Universiti 2 dari madrasah sepenuh masa

Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu dan keputusannya adalah muktamad.


Pengajian Secara Odit


Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.


Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu terhadap calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.


Waktu Pengajian


Jumaat dan Sabtu, petang dan malam, Wisma Indah

(Jumaat: 6.30 ptg - 9.30 mlm, rehat ½ jam untuk solat Marghrib dan

Sabtu: 3.00 ptg – 9.00 mlm (rehat ½ jam untuk solat Asar dan Margrib)


*Pendaftaran telah dibuka sekarang! Hubungi kami untuk maklumat lanjut!


Prosedur Kemasukan


Peserta yang berminat untuk memasuki program Sarjana Muda Pengajian Islam perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan anda:

  1. 2 keping gambar saiz passport
  2. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
  3. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)



Yuran


Yuran Pendaftaran
Ijazah : $214.00
Odit : $107.00
Yuran Bulanan
Ijazah

: $1734 setiap semester (6 bulan) /

$300 setiap bulan

Odit : $300 setiap modul (1 bulan)

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.


Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi Sarjana Muda Pengajian Islam adalah tidak kurang daripada 4 tahun (8 semester).


Al-Zuhri mengamalkan sistem 2 semester dalam jangkamasa 12 bulan.



Penggal Minggu Pengajian
Peperiksaan Cuti
Semester 1
1 Jul - Nov (20 minggu) Nov - Dis (5 minggu) Dis (1 minggu)
Semester 2
2 Jan - Mei (20 minggu) Mei - Jun (5 minggu) Jun (1 minggu)

Pensyarah


Pensyarah ijazah mempunyai kelulusan minima sarjana dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dapat dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Peratusan pensyarah UIKA adalah sebanyak 60% dan pensyarah Al-Zuhri sebanyak 40%.



Last modified on Wednesday, 26 July 2017 07:47