AL-ZUHRI

Sijil Pengajian Bahasa Arab Lanjutan Al-Quran (SLBAQ)

PENDAHULUAN


Sijil Pengajian Bahasa Arab Lanjutan Al-Quran (SPBALQ) ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri untuk peserta dewasa. Ianya merupakan kesinambungan dari program SPBA dan SPBAL di mana ia merangkumi aspek penerapan ilmu Bahasa Arab dalam ayat-ayat Al-Quran. Kursus ini akan memberi penekanan kepada pelajar dengan pasti, tentang hikmah di sebalik pemilihan bahasa Arab dari bahasa-bahasa yang lain untuk digunakan di dalam al-Quran. Dengan mengikuti pengajian ini ia dapat membantu peserta ke arah menguasai bahasa tersebut untuk tujuan memahami bacaan-bacaan al-Quran bagi surah-surah tertentu

 

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


Peserta yang ingin mengikuti pengajian Sijil Lanjutan Bahasa Arab Al-Quran perlu memenuhi syaratsyarat berikut:

• Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.

• Berkelulusan dari Program Bahasa Arab Al-Zuhri SPBA, SPBAL, DPBA atau yang setaraf.


Pihak pengurusan akan menilai sekiranya diperlukan pelajar untuk mengambil ujian kemasukan bagi yang berkelulusan dari pengajian Bahasa Arab di luar institut Al-Zuhri


Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) tanpa perlu menduduki peperiksaan. Kehadiran perlu mencapai 80% bagi setiap modul.

 

 

MUSIM PENGAJIAN


Semester 1 :

Minggu Pengajian : Feb – Mei (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (1 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)


Semester 2 :

Minggu Pengajian : Jun – Sep (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (1 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)


Semester 3 :

Minggu Pengajian : Okt – Jan (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (1 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)

 

 

SISTEM PENILAIAN


Penilaian dijalankan secara berterusan pada akhir setiap semester. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan peserta dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang peserta dari masa ke semasa supaya peserta dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

 

PENGANUGERAHAN SIJIL


Sijil Lanjutan Bahasa Arab Al-Quran akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.


Syarat-syarat penganugerahan sijil:

Sijil dianugerahkan kepada pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Telah memenuhi syarat-syarat keperluan Sijil iaitu menamatkan 3 komponen atau 36 jam kredit.

2. Mendapat keseluruhan Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang tidak kurang dari 2.00.

3. Mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.

4. Pengesahan dari Jabatan Akademik.

5. Telah melunaskan semua yuran yang ditetapkan.

 

 

JALUR SPBALQ


Peserta yang berjaya menamatkan pengajian SPBALQ berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Islam (DPIZ) atau program Diploma Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (DPQS) di Institut Pengajian Al-Zuhri.

 

 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $86.00 sebulan (dibayar melalui giro).

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.