Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA)

 

Sinopsis


Pengajian separuh masa selama 2 tahun (6 semester) ini sesuai untuk peserta yang berminat untuk belajar bertutur asas bahasa Arab dengan mudah.

Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin mengikuti pengajian Sijil Pengajian Bahasa Arab perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

 

    1. Berusia tidak kurang daripada 16 tahun
    2. Mengenal huruf-huruf Hija’iyyah dan pernah belajar mengaji atau mengikuti kursus Iqra’ secara tidak formal atau secara formal di institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam dan agensi swasta

 

Pengajian Secara Odit


 

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

 

 

 

Waktu Pengajian


 

Pengajian separuh masa Al-Zuhri  dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri



Prosedur Kemasukan


Peserta yang berminat untuk memasuki program Sijil Pengajian Bahasa Arab perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan anda:

 

  1. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
  2. Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)

Yuran


 

Yuran Pendaftaran
Sijil : $54.00
Odit : $54.00
Yuran Bulanan
Sijil

: $324 setiap semester (4 bulan) /

$81 setiap bulan

Odit : $81 setiap modul (1 bulan)

 

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

 

Tempoh Pengajian


Pengajian mengambil masa 6 semester (atau 2 tahun) untuk tamat dan setiap semester mengambil masa 4 bulan.

 

Setiap semester mengambil masa 17 minggu, yang mencakupi 14 minggu pengajian, 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti.

 

Pelajar akan mengambil 2 modul untuk setiap semester.

 

Semester Minggu Pengajian
Peperiksaan Cuti
1

Feb - Mei (14 minggu)

Modul 1 & 2

Mei (2 minggu) Mei (1 minggu)
2

Jun - Sep (14 minggu)

Modul 3 & 4

Sep (2 minggu) Sep (1 minggu)
3

Okt - Jan (14 minggu)

Modul 5 & 6

Jan (2 minggu) Jan (1 minggu)
4

Feb - Mei (14 minggu)

Modul 7 & 8

Mei (2 minggu) Mei (1 minggu)
5

Jun - Sep (14 minggu)

Modul 9 & 10

Sep (2 minggu) Sep (1 minggu)
6

Okt - Jan (14 minggu)

Modul 11 & 12

Jan (2 minggu) Jan (1 minggu)

 

Pensyarah


Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.


Web Software Agency
back to top