AL-ZUHRI

Sijil Pengajian Bahasa Arab Lanjutan (SPBAL)


PENDAHULUAN


Sijil Pengajian Bahasa Arab (Lanjutan) ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri untuk peserta dewasa yang telah tamat Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) atau yang setaraf dengannya. Ianya merangkumi pelbagai ilmu-ilmu asas bahasa Arab. Fokus utama pengajian ialah membangun empat kemahiran bahasa iaitu pertuturan, pendengaran, bacaan dan kefahaman di peringkat yang paling asas. Pengajian ini sesuai untuk peserta yang telah tamat mengikuti Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) atau yang setaraf dengannya, tetapi tidak diwajibkan peperiksaan. Dengan mengikuti pengajian ini ia dapat membantu peserta ke arah menguasai bahasa tersebut untuk tujuan komunikasi dalam pekerjaan atau ke arah mengusainya untuk tujuan mendalami pengajian Islam.

 

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


Peserta yang ingin mengikuti pengajian Sijil Pengajian Bahasa Arab perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

• Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.

• Mengenal huruf-huruf Hija’iyyah dan pernah belajar mengaji atau mengikuti kursus Iqra’ secara tidak formal atau secara formal di institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam dan agensi swasta.

• Telah tamat pengajian Sijil Pengajian Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya.

Pihak pengurusan akan menilai sekiranya diperlukan pelajar untuk mengambil ujian kemasukan bagi yang berkelulusan dari pengajian Bahasa Arab di luar institut Al-Zuhri


Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

 

 

MUSIM PENGAJIAN


Pengajian mengambil masa 6 semester (atau 2 tahun) untuk tamat dan setiap semester mengambil masa 4 bulan. Setiap semester mengambil masa 17 minggu, yang mencakupi 14 minggu pengajian, 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti. Pelajar akan mengambil 2 modul untuk setiap semester.


Semester 1 :

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)


Semester 2 :

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)


Semester 3 :

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)


Semester 4 :

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)


Semester 5 :

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)


Semester 6 :

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)

 

 

PENGANUGERAHAN SIJIL


Penilaian dijalankan secara berterusan dan diakhir setiap semester. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan peserta dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang peserta dari masa ke semasa supaya peserta dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

 

JALUR SPBAL


Peserta yang berjaya menamatkan pengajian SPBAL berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) di Institut Pengajian Al-Zuhri.

 

 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $86.00 sebulan (dibayar melalui giro).

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.