AL-ZUHRI

Sijil Pengajian Ugama (SPU)

 

 

PENDAHULUAN


Sijil Pengajian Ugama (SPU) ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri sebagai pengajian pos-menengah yang merangkumi pelbagai disiplin agama. Di samping menawarkan pengajian agama yang teras seperti pengajian al-Quran, al-hadith dan al-Shariah. Sijil Pengajian Ugama juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti TaÎawwur Islamm, Sejarah Tamadun Islam dan Sejarah Pendidikan Islam. Pengajian ini sesuai untuk peserta yang sudah mengikuti pengajian fardhu ‘ain peringkat asas di pelbagai institusi pengajian Islam.

 

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


Calon yang ingin melanjutkan pengajian ke Sijil Pengajian Al-Quran perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

• Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.

• Pernah mengikuti pengajian Islam secara formal di pelbagai institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam, agensi swasta dan lain-lain.


Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

 

 

MUSIM PENGAJIAN


Pengajian mengambil masa 6 semester (atau 2 tahun) untuk tamat dan setiap semester mengambil masa 4 bulan. Setiap semester mengambil masa 17 minggu, yang mencakupi 14 minggu pengajian, 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti. Pelajar akan mengambil 2 modul untuk setiap semester.


Semester 1 :

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)


Semester 2 :

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)


Semester 3 :

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)


Semester 4 :

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)


Semester 5 :

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)


Semester 6 :

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)

 

 

PENGANUGERAHAN SIJIL


Sijil Pengajian Ugama Islam akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

 

 

JALUR SPU


Peserta yang berjaya menamatkan pengajian SPU berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Islam (DPIZ) di Institut Pengajian Al-Zuhri.

 

 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $86.00 sebulan (dibayar melalui giro).


Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.