Sijil Pengajian Ugama (SPU)

 

 

Sinopsis


Pengajian separuh masa selama 2 tahun (6 semester) ini merangkumi pelbagai disiplin agama. Sesuai untuk peserta yang sudah mengikuti pengajian fardhu ’ain peringkat asas di pelbagai institut pengajian Islam.

 

Syarat-syarat kemasukan


Peserta yang ingin mengikuti pengajian Sijil Pengajian Ugama perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Berusia tidak kurang daripada 16 tahun
  2. Pernah mengikuti pengajian Islam secara formal di pelbagai institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam, agensi swasta dan lain-lain
  3. Atau mempunyai sijil darjah 6 peringkat madrasah mingguan masjid

     

    Pengajian Secara Odit


     

    Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

     

     

    Waktu Pengajian


     

    Pengajian separuh masa Al-Zuhri  dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri



    Prosedur Kemasukan


    Peserta yang berminat untuk memasuki program Sijil Pengajian Ugama perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan anda:

    1. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
    2. Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)

     

    Yuran


     

    Yuran Pendaftaran
    Sijil : $54.00
    Odit : $54.00
    Yuran Bulanan
    Sijil

    : $324 setiap semester (4 bulan) /

    $81 setiap bulan

    Odit : $81 setiap modul (1 bulan)

     

    Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

     

    Tempoh Pengajian


    Pengajian mengambil masa 6 semester (atau 2 tahun) untuk tamat dan setiap semester mengambil masa 4 bulan.

     

    Setiap semester mengambil masa 17 minggu, yang mencakupi 14 minggu pengajian, 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti.

     

    Pelajar akan mengambil 2 modul untuk setiap semester.

     

    Semester Minggu Pengajian
    Peperiksaan Cuti
    1

    Feb - Mei (14 minggu)

    Modul 1 & 2

    Mei (2 minggu) Mei (1 minggu)
    2

    Jun - Sep (14 minggu)

    Modul 3 & 4

    Sep (2 minggu) Sep (1 minggu)
    3

    Okt - Jan (14 minggu)

    Modul 5 & 6

    Jan (2 minggu) Jan (1 minggu)
    4

    Feb - Mei (14 minggu)

    Modul 7 & 8

    Mei (2 minggu) Mei (1 minggu)
    5

    Jun - Sep (14 minggu)

    Modul 9 & 10

    Sep (2 minggu) Sep (1 minggu)
    6

    Okt - Jan (14 minggu)

    Modul 11 & 12

    Jan (2 minggu) Jan (1 minggu)

     

     

    Pensyarah


    Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.

    Web Software Agency
    back to top