AL-ZUHRI

Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling (SPIK)

 

 

PENDAHULUAN


Memperdalami ilmu psikologi dan kaunseling yang berteraskan Islam merupakan salah satu perkara yang sangat dititik beratkan oleh umat Islam lantas ianya dipelajari untuk mempertahankan kesihatan mental dan keimanan dalam diri individu. Institut Pengajian Tinggi Al- Zuhri telah mengorak langkah untuk menawarkan Sijil Pengajian Psikologi Islam & Kaunseling sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos menengah. Tujuan utamanya ialah agar umat Islam dapat meningkatkan kesedaran dan dan memberikan pemahaman tentang sifat manusia yang dinyatakan di dalam al-Quran & Hadith dan manusia dari teori Barat.

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


Calon yang ingin melanjutkan pengajian ke Sijil Psikologi Islam & Kaunseling perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

• Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.

• Pernah mengikuti pengajian psikologi dan kaunseling secara formal di pelbagai institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam, agensi swasta dan lain-lain.


Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

 

 

MUSIM PENGAJIAN


Pengajian mengambil masa 6 semester (atau 2 tahun) untuk tamat dan setiap semester mengambil masa 4 bulan. Setiap semester mengambil masa 17 minggu, yang mencakupi 14 minggu pengajian, 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti. Pelajar akan mengambil 2 modul untuk setiap semester.


Semester 1 :

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)


Semester 2 :

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)


Semester 3 :

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)


Semester 4 :

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)


Semester 5 :

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)


Semester 6 :

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)

 

 

PENGANUGERAHAN SIJIL


Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

 

 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $86.00 sebulan (dibayar melalui giro).

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.