Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling Online (DPIKO)

PENDAHULUAN

Program Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling  secara online (DPIKO) merupakan lanjutan bagi Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling Online (SPIKO) untuk mempelajari aspek terpenting tentang Insan menurut cara pandangan alam Islam. Program ini merangkumi teori-teori utama tentang insan, serta bagaimana membawanya kepada praktik yang dapat membantu seseorang individu lebih mengenali dirinya dan orang-orang di sekelilingnya.

 

Program DPIKO diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan.

 

Dengan mengikuti program ini, peserta dapat mengetahui dan memahami secara mendalam tentang ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.

37_edited.jpg

SYARAT-SYARAT PENGAJIAN

  1. Berusia tidak kurang dari 16 tahun

  2. Telah lulus dan mendapatkan sijil dari salah satu pengajian di bawah:

    • Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling (SPIK)

    • Mempunyai latarbelakang pengajian Psikologi dan Kaunseling di institusi lain

  3. Sila emelkan sijil dan transkrip kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut berkenaan kelayakan calon peserta untuk sertai program Diploma Psikologi Islam & Kaunseling Online

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2 

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

​Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama. Program ini dijalankan secara bermodul selama 2.5 - 3 tahun.

  • Pengajian secara atas talian (asynchronous) 

  • Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi

  • Sesi persidangan web “web conference” (synchronous)

 

Aktiviti Pembelajaran & Penilaian

  • Tugasan (Open-Ended)

  • Kuiz

  • Forum

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan

Jadual Sesi Perkuliahan

  • Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

Senarai Modul

  1. Pengantar Psikologi & Pengantar Bimbingan dan Kaunseling Islam

  2. Pengislaman Psikologi Islam

  3. Strategik Kaunseling Islam & Barat

  4. Psikologi Pembangunan Islam

  5. Prinsip & Amalan Komunikasi dari Perspektif Islam (Psikologi & Kaunseling)

  6. Isu-Isu Psikologi & Kaunseling dari Perspektif Islam dan Barat

  7. Tingkah Laku Normal & Abnormal dalam Perspektif Islam & Barat

  8. Faktor-Faktor Pembentukan Kaunseling

  9. Psikologi Perkembangan Manusia dari Perspektif Islam & Barat

  10. Psikologi Personaliti

  11. Psikologi Kognitif

  12. Psikologi Dakwah – Jenis-Jenis Dakwah

  13. Psikologi Pembelajaran

  14. Psikologi Fisiologi

  15. Psikologi Sosial

  16. Psikologi Perkahwinan & Kekeluargaan

  17. Psikologi Industri & Organisasi

  18. Motivasi dan Emosi

  19. Kaunseling Keluarga

  20. Terapi Spiritual

PENGANUGERAHAN SIJIL

DPIKO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling Online (DPIKO) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa di peringkat diploma lanjutan atau sarjana muda seperti program Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIZL) dan Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI). 

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62.00

Yuran pengajian: $416.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $69.40 menerusi giro.

bottom of page