Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL)
PENDAHULUAN
Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL) adalah program separuh masa yang direka untuk lulusan diploma dari institusi seperti Al-Zuhri, Andalus, dan Cordova, memberi peluang kepada pelajar dewasa yang bekerja untuk mendalami dan memperluas pemahaman Islam sejajar dengan keperluan semasa. Program ini menawarkan pengkhususan dalam bidang teras seperti al-Quran, al-Hadith, al-Syariah, dan Aqidah, dengan penekanan pada kontekstualisasi dan aplikasi ilmu. Diiktiraf sebagai setara dengan peringkat sarjana muda oleh pihak universiti jika syarat pensijilan dipenuhi, ia menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian tanpa menjejaskan komitmen kerjaya dan keluarga.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
-
Berusia tidak kurang dari 19 tahun
-
Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat diploma atau pra universiti di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta
-
Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program Diploma Pengajian Islam Lanjutan
JADUAL PROGRAM PENGAJIAN
Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Pendaftaran Online" di akhir lelaman ini
PERINCIAN PROGRAM
Al-Quran & Al-Sunnah
-
Tafsir Al-Qur’an 1 & 2
-
Kepentingan Al-Quran dan Al-Sunnah Dalam Era Semasa
-
Ulumul Qur’an
-
Ulumul Hadits
-
Fiqh Dakwah
-
Pengantar Psikologi Islam
-
Akhlak & Tazkiyat Nafs
-
Psikologi Perkembangan
-
Pendidikan Nasional & Silang Budaya
-
Psikologi Belajar
-
Teknologi Maklumat dalam Islam
Fiqh & Usul Fiqh
-
Usul Fiqh
-
Qawaid Fiqh
-
Bahasa Arab 1 & 2
-
Sejarah Peradaban Islam
-
Fiqh Ibadah & Muamalah
-
Ekonomi Islam
-
Fiqh Munakahat & Mawaris
-
Fiqh Jinayah & Siyasah
-
Bahasa Inggeris
-
Bahasa Inggeris Pendidikan
-
Statistik Pendidikan
-
Perencanaan Sistem Pembelajaran PAI
-
Microteaching
Aqidah & Falsafah
-
Pengajian Pemikiran Islam di Singapura 1 & 2
-
Metodologi Kajian Ilmiah
-
Pengantar Studi Islam
-
Tasawwur Islam
-
Falsafah Pendidikan Islam
-
Bahasa Arab 3
-
Bahasa Arab Kerjaya
-
Sejarah Pendidikan Islam
-
Ilmu Pendidikan Islam
-
Pentadbiran Pendidikan Islam
-
Strategi Pembelajaran
-
Bimbingan Kaunseling Islam
Tugas-Tugas Akhir*
-
Pengembangan Kurikulum & Evaluasi Pendidikan Agama Islam
-
Praktik Profesi Keguruan (PPK) – Praktikum
-
Kuliah Kerja Nyata (KKN) – Kerja Kemasyarakatan
-
Skripsi (Komprehensif dan Munaqosyah)
* Diselesaikan untuk mendapatkan penyetaraan dengan Sarjana Muda Pengajian Islam
SISTEM PENILAIAN
Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap semester mengikut ketetapan institusi dan pensyarah. Penilaian meliputi peperiksaan, tugasan, pembentangan dalam kelas dan kehadiran.
PENGANUGERAHAN SIJIL
Sijil Diploma Pengajian Islam Lanjutan akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Himpunan Purata Timbunan Nilai Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.
JALUR PENGAJIAN
Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Lanjutan berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program master di program Pasca Siswazah Pengajian Islam kerjasama Zuhri dan UIKA dan universiti-universiti lain di Indonesia atau Malaysia.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pendaftaran: $62
Yuran pengajian: $606 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $101 menerusi giro