Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Diploma Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah Online (DPQSO)

PENDAHULUAN

Program Diploma Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah Online (DPQSO) fokus kepada pengajian ilmu-ilmu al-Qur’an dan al-Sunnah secara separuh masa menerusi wadah online. Di samping itu, juga menawarkan beberapa modul pengajian yang sesuai dengan keadaan dan kehidupan semasa seperti Taṣawwur Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam.

 

Program DPQSO diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan.

 

Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui dan memahami secara mendalam tentang ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.

5a.jpg

SYARAT-SYARAT PENGAJIAN

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas. 

  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam di peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.

  • Sila emelkan sijil dan transkrip kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut berkenaan kelayakan calon peserta untuk sertai program Diploma Pengajian al-Qur'an & al-Sunnah Online.

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2 

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Diploma Pengajian Al-Qur'an & Al-Sunnah Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama. Program ini dijalankan secara bermodul selama 4 tahun.

  • Pengajian secara atas talian (asynchronous) .

  • Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.

  • Sesi persidangan web “web conference” (synchronous). 

 

Aktiviti Pembelajaran & Penilaian

  • Tugasan (Open-Ended)

  • Kuiz

  • Forum

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan

Jadual Sesi Perkuliahan

  • Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

Perincian Program

Mata Pelajaran Wajib Diploma

  1. ‘Aqidah Islam I & II

  2. ‘Ulūm al-Qur’an I & II

  3. Tafsīr al-Qur’an I & II

  4. Sains dalam al-Qur’an I & II

  5. Qira’at I, II, & III

  6. Qawā’id al-Tafsīr

  7. Sejarah Pembukuan Qur’an & Ideologi Orientalis Mengenai Qur’an

  8. ‘Ulūm al-Hadīth

  9. Rijāl al-Hadīth

  10. Takhrīj al-Hadīth

  11. Jarh wa al-Ta’dīl

  12. Kajian Hadīth Ḍa‘īf & Mawḍū’

  13. Sejarah Pembukuan Hadīth & Ideologi Orientalis Mengenai Hadīth

  14. Tasawwur Islam

  15. Bahasa Arab I & II

  16. Metodologi Kajian Ilmiah

 

Mata Pelajaran Elektif

  1. Bahasa Arab al-Qur’an III & IV

  2. Tajwīd & Rasm al-Qur’an

  3. Dhabt al-Qur’an

  4. Pengajaran dari Sirah Nabi SAW

  5. Tazkiyah al-Nafs

  6. Perbandingan Agama – al-Adyan

  7. Adab al-‘Alim wal Muta‘allim

  8. Fiqh Da’wah

  9. Pengajian Pemikiran Islam di Singapura

  10. Asas Psikologi & Kaunseling

PENGANUGERAHAN SIJIL

DPQSO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian DPQSO berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa di peringkat diploma lanjutan atau sarjana muda seperti program Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL) dan Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI).

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62.00

Yuran pengajian: $416.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $69.40 menerusi giro.

bottom of page