Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Kata-Kata Pendahuluan

KONVOKESYEN & Penyampaian Sijil Kali Ke-10_115.jpg

Selamat datang ke Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri (Al-Zuhri), institusi pengajian tinggi pertama di Singapura yang menawarkan pengajian Islam di peringkat diploma secara sepenuh masa sejak tahun 2002. Al-Zuhri disokong oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura (PERGAS).

Matlamat utama Al-Zuhri adalah untuk melahirkan insan mulia yang bertaqwa dan berkemampuan, berjaya di dunia dan akhirat. Pengajian Islam di peringkat tinggi adalah teras falsafah, matlamat, dan kaedah dalam keseluruhan sistem pendidikan Islam. Pengajian di Al-Zuhri menawarkan pelbagai disiplin (jami'ah) dan bersifat menyeluruh (kulliyah). Pendekatan pendidikan kami merangkumi semua aspek agama, membimbing pelajar untuk memahami agama secara komprehensif dan relevan dengan kehidupan seharian. Kami komited untuk membentuk pendidikan yang seimbang dan holistik.

Dengan penuh kesyukuran, kami melihat peningkatan jumlah graduan Al-Zuhri yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Lebih membanggakan, jumlah pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana (Master) dan PhD juga semakin bertambah. Ini adalah tren positif yang kami galakkan, kerana peningkatan ilmu akan memperdalam kefahaman dan penghayatan terhadap agama Allah yang maha suci ini.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama-sama menikmati pengalaman pembelajaran yang bermakna di sini. Semoga perjalanan pendidikan di Al-Zuhri membawa keberkatan dan kejayaan yang berpanjangan.

 

Wan Hussin Zoohri
Pengerusi

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri

bottom of page