Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Pengenalan

Program Sijil & Kursus

Program Diploma 

Program Sarjana

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, ditubuhkan pada tahun 2000. Dinamakan sempena seorang ulama terkemuka Singapura, Kiai Haji Ahmad Zuhri Mutammim. Al-Zuhri merupakan pusat pendidikan Islam (IECP) di bawah pengiktirafan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) serta mendapat sokongan Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura (PERGAS). Al-Zuhri menawarkan peluang pendidikan Islam yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar dewasa dengan menggabungkan tradisi keilmuan Islam dan keperluan semasa.

Program Al-Zuhri merangkumi pengajian sepenuh masa dan separuh masa. Program sepenuh masa, Pra Diploma Pengajian Islam (PPI) dan Diploma Pengajian Islam (DPI) dirancang khusus untuk pelajar yang ingin melanjutkan ke peringkat universiti dalam pengajian Islam. Program separuh masa pula memberikan pilihan pembelajaran yang fleksibel secara mingguan dari peringkat sijil hingga sarjana bagi peserta dewasa yang bekerja atau yang masih belajar di institusi pengajian tinggi yang lain.

Al-Zuhri menyediakan suasana pembelajaran yang fleksibel dan terarah, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin meningkatkan pengetahuan agama secara berstruktur.

bottom of page