Sepenuh Masa
Pra Diploma Pengajian Islam (PPI) merupakan program pengajian sepenuh masa selama 2 (dua) tahun, direka khas untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengajian Islam, sama ada dari latar belakang madrasah atau bukan madrasah.
Diploma Pengajian Islam (DPI) ialah program sepenuh masa selama 2 (dua) tahun yang direka khas bagi yang telah menamatkan pengajian di peringkat menengah 4 dari madrasah sepenuh masa. Program ini sesuai untuk calon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti atau ingin membina asas yang kukuh dalam pengajian Islam.
Separuh Masa
Diploma Pengajian Islam (DPI) ditawarkan secara separuh masa (4 tahun) sebagai lanjutan dari program pengajian peringkat sijil yang merangkumi pelbagai disiplin agama.
Diploma Pengajian Al-Qur’an dan Al-Sunnah (DPQS) ditawarkan secara separuh masa (4 tahun) sebagai lanjutan dari program pengajian peringkat sijil dalam bidang pengajian al-Qur'an dan al-Sunnah.
Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) ditawarkan secara separuh masa (4 tahun) sebagai lanjutan program pengajian bahasa Arab peringkat sijil.
Diploma Psikologi Islam & Kaunseling (DPIK) ditawarkan secara separuh masa (2.5 - 3 tahun) sebagai program pengajian peringkat lanjutan dalam bidang psikologi Islam dan kaunseling.
Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL) adalah program separuh masa yang direka untuk lulusan diploma dari institusi seperti Al-Zuhri, Andalus, dan Cordova, memberi peluang kepada pelajar dewasa yang bekerja untuk mendalami dan memperluas pemahaman Islam sejajar dengan keperluan semasa.