Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) - UIKA

PENDAHULUAN

Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI), program kerjasama antara Al-Zuhri dan Fakultas Agama Islam - Universitas Ibn Khaldun (UIKA), ditawarkan sebagai pengajian separuh masa selama 4 tahun dalam bidang Pendidikan Agama Islam. Program ini memberi peluang kepada lulusan diploma institusi yang diiktiraf untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Direka khusus untuk memenuhi keperluan semasa dan konteks tempatan, SMPI bertujuan memperkukuh pemahaman Islam secara mendalam sambil menyokong komitmen kerjaya dan keluarga pelajar.

KONVOKESYEN & Penyampaian Sijil Kali Ke-10_063.jpg

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

  • Telah menamatkan pengajian Islam secara formal peringkat diploma di Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain institusi pendidikan yang diiktiraf

  • Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program Sarjana Muda Pengajian Islam

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
MUSIM PENGAJIAN

Musim pengajian menempuh sistem semester sebagaimana berikut:

  • Semester 1, Januari – Jun

  • Semester 2, Julai – Disember

Dengan susunan modul sebagaimana berikut: 

1. Tafsir dan Ulumul Quran

  • Tafsir Al-Qur’an 1 & 2

  • Kepentingan Al-Quran dan Al-Sunnah Dalam Era Semasa

  • Ulumul Qur’an

2. Hadith dan Ulumul Hadith

  • Ulumul Hadits

3. Fiqh dan Usul Fiqh

  • Usul Fiqh

  • Qawaid Fiqh

  • Fiqh Ibadah & Muamalah

  • Fiqh Dakwah

  • Fiqh Munakahat & Mawaris

  • Fiqh Jinayah & Siyasah

4. Aqidah dan Pemikiran Islam

  • Pengajian Pemikiran Islam di Singapura 1 & 2

  • Metodologi Kajian Ilmiah

  • Tasawwur Islam

  • Falsafah Pendidikan Islam

5. Psikologi dan Kaunseling

  • Pengantar Psikologi Islam

  • Psikologi Perkembangan

  • Psikologi Belajar

  • Bimbingan Kaunseling Islam

6. Pendidikan Islam

  • Sejarah Pendidikan Islam

  • Ilmu Pendidikan Islam

  • Pentadbiran Pendidikan Islam

  • Strategi Pembelajaran

  • Pendidikan Nasional & Silang Budaya

  • Statistik Pendidikan

  • Perencanaan Sistem Pembelajaran PAI

  • Microteaching

  • Pengembangan Kurikulum & Evaluasi Pendidikan Agama Islam

7. Ekonomi dan Teknologi

  • Ekonomi Islam

  • Teknologi Maklumat dalam Islam

8. Bahasa

  • Bahasa Arab 1 - 3 

  • Bahasa Arab Kerjaya

  • Bahasa Inggeris

  • Bahasa Inggeris Pendidikan

Tugas-Tugas Akhir

  1. Pengembangan Kurikulum & Evaluasi Pendidikan Agama Islam

  2. Praktik Profesi Keguruan (PPK) – Praktikum

  3. Kuliah Kerja Nyata (KKN) – Kerja Kemasyarakatan

  4. Skripsi (Komprehensif dan Munaqosyah)

CATATAN: 3 modul pilihan dalam senarai akan ditawarkan di kampus Universitas Ibn Khaldun (UIKA) Bogor. Pengajian diselenggarakan sekali dalam setahun untuk jangka masa 3 tahun mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Al-Zuhri dan Fakulti Pendidikan Islam UIKA. Kos perjalanan akan ditanggung oleh pelajar.

SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan merangkumi komponen-komponen pengajian seperti berikut:

1. Menyelesaikan 144 jam kredit, bersamaan dengan lebih kurang 40 modul

2. Perkuliahan secara fizikal dan virtual oleh pensyarah UIKA dan tempatan

3. Perkuliahan 2-3 modul di kampus UIKA Bogor

4. Tugas dan projek akhir perkuliahan

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil dianugerahkan berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan dan penulisan skripsi diselesaikan

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program master di program Pasca Siswazah Pengajian Islam (PSPI) kerjasama Zuhri dan UIKA dan universiti-universiti lain di Indonesia atau Malaysia

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $239

Yuran pengajian: $1854 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $309 menerusi giro

bottom of page