Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling Online (SPIKO)

PENDAHULUAN

Program Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling Online (SPIKO) adalah pengajian Islam separuh masa dijalankan menerusi wadah online. Peserta didedahkan dengan asas-asas ilmu psikologi dan kaunseling yang berteraskan Islam. Objektif pengajian ini untuk memberikan pengetahuan dasar mengenai hakikat insan menurut cara pandangan alam Islam, juga turut membandingkannya dengan pandangan-pandangan psikologi konvensional tentang insan.

Program SPIKO diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan.

Dengan mengikuti program ini, peserta dapat mengetahui dasar-dasar psikologi Islam dan kaunseling. 
 

22_edited.jpg

SYARAT-SYARAT PENGAJIAN

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 16 tahun ke atas. 

  • Untuk sertai SPIKO, peserta hanya perlu mempunyai asas fardhu ‘ain dan kemahiran baca al-Qur’an peringkat asas. 

MUSIM PENGAJIAN

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Sijil Psikologi Islam & Kaunseling Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.  Program ini dijalankan secara bermodul selama 2 tahun.

  • Pengajian secara atas talian (asynchronous) .

  • Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.

  • Sesi persidangan web “web conference” (synchronous). 

 

Aktiviti Pembelajaran & Penilaian

  • Tugasan (Open-Ended)

  • Kuiz

  • Forum

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan

Jadual Sesi Perkuliahan

  • Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

 

Senarai Modul

  1. Pengenalan kepada Psikologi Islam & Tokoh-tokohnya

  2. Psikologi Islam dan Barat

  3. Psikologi Pendidikan 

  4. Faham Tingkah Laku 

  5. Psikologi Perkembangan Bayi dan Kanak-Kanak 

  6. Psikologi Perkembangan Remaja, Dewasa dan Orang Tua 

  7. Pengenalan kepada Psikologi Moden 

  8. Asas Psikologi Keluarga

  9. Pengenalan kepada Kaunseling Islam 

  10. Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling 

  11. Persepsi & Personaliti 

  12. Kaedah Terapi 

  13. Penilaian & Pelan Tindakan dalam kaunseling 

  14. Kemahiran Asas dan Teknik Kaunseling 

  15. Perbezaan Kaunseling Islam & Barat 

  16. Asas Kaunseling Keluarga

Semester 1:

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2:

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

PENGANUGERAHAN SIJIL

SPIKO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling (SPIKO) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Psikologi Islam & Kaunseling (DPIK) atau Diploma Pengajian Islam (DPIZ). 

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62.00

Yuran pengajian: $404.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $67.40 menerusi giro.

bottom of page